aku agak moody??

Tuesday, November 30, 2010

semalam ada meeting nak pilih komiti program..
aku tercalon dalam 1 post nih.adehh

1 hujah dia:

-agak moody.noktah

terus takde orang pilih aku(rasanya) sebab sume kena tutp mata la ms undi.
Ok,ak tak sedih pun sebab mmg tak nak jadi.

aku tanya teman sebelah yang turut mengundi:

mmg ety moody ke??
yess u're!

ahhhh..stressss!!

persoalannya: memang aku ni moody ke??

adeeh,tak sedar la plak.Kena wat muhasabah balik ni.
Setahu aku sal diri aku, takde la moody sgt tapi agak sensitif kot

huhu tak sama eh?? sensitif ngn moody??
jawab2

maybe orang mudah nampak aku stress kalau tertekan ngn keje,
mudah sgt nak tarik muka 14 kalau keje xmenjadi di pandangan mata
mudah berkerut-kerut kalau ada masalah menimpa..waahhh

mudah menangis kalau kena marah tak tentu hala.Mudah tension la
senang kata.Kalau dah datang tension,baik jgn tegur sebab aku da
bukan jadi diri aku.Masam mengalahkan asam boi.

OK betul kot aku mudah moody..

So,konklusinya jgn pilih aku kalau rasa aku ni akan tension ngn keje tuh
tapi kan, mmg semua org ni ada moody nya bagi aku, cuma atas
kepandaian mereka pandai sorok ke tak muka masa stress tu.

aku maybe dalam golongan ter'express' lebih muka tyme tu tanpa sedar
ahhh, kesian kat orang tengok aku macam ni

sebab ada orang yang cakap aku akan jadi bukan diri aku kalau keje
dah tertekan sangat.Tak sempat nak ceriakan dan tersenyum kat kawan2.

aku ni anak k3 so, jiwa sebagai seorang yang jadi org tengah dalam
kawal adik2 yang nakal agak menyumbang kpd keseriusan dan moody ak.

pandangan aku, xtaw orang lain macam mana.Hmm

jom zikir2 biar tenang selalu.PEACE!

siapa2 yang rasa2 nak bagi kritikan sila2 la yer.saya cuba nk berubah ni :)
kamu yang nampak sy ms sy stress k ceria,so sgt2 hendak taw..

Sem 2: Fenomena Quiz 1 dan dR.Rozmey

Thursday, November 25, 2010

pepagi ini ada quiz1..alhamdulillah boleh la tahan walau ada yang sangkut
maths kan..xpayah tu memang pelik lah bagi aku nih.adehh

tengah duk tunggu madam datang..kami yang sisters ni al-biasalah
merajinkan diri saat akhir tengok apa2 yang patut..tutor,notes..

tapi brothers.ahh aku jeles dengan mereka!!bukan hari ini.dah lama

kerna mereka sangatlah relax..kalu tak sgt pun, agak lah.yela boleh lagi
depa duk cakap pasal cerita 2 Alam yang tengah hot sekarang nih..

sebab hot filem tuh ramai dah taw kot..aku pun nk gelak gak masa taw.
ehh memang dah gelak pun bkn nak..tapi
takpe2 biarlah krew2 itu nak bermimpi siang-siang hari ini.
biarlah mereka dgn rm40juta mereka..hehee

blaa..dR.rozmey blaa..cendawan
itu..ini..situ..sini

bukan aku nak dengar, tp mereka mmg volume tinggi kot..

last2 madam masuk dan kami jawab dgn jayanya lpas madam bg hint sket apa
yang akan masuk..sayang madam :)

moga oklah nanti,ameen..

Mini Reu aeiou

Sunday, November 21, 2010

aeiou-itu nama group kami
ada 13 buah hati semuanya
tak lebih,tak kurang

hari ini 20112010
kami mula berexpidisi mula pukul 9am
setengah naik kereta mirah,setengah lagi
berbuat baik naik bus awam.peminat setia public trans
(padahal xde kereta,adoi)

sesampai tepian pantai irama
terus terjah pantai, berguling-guling atas pasir
buat istana pasir(adehh,macam kecik kembalik)

faie.yam.isna.shekin.enul.oppa.anna,mirah,
ber'gege' riuh.
itulah kerja kami bila bersatu kembali
makan2.main pantai,lari di gigi laut
tidur,pillow talk,snap pixs,makan,bbq n macam2
cerita perihal diri yang masing2 dah bawa diri ke 'U"

suka-suki bersama mereka.macam  dah 1 keluarga
yang punya 1 umur.hehehe

ehh.bajet macam pegi padahal tak pun
hanya mampu membayangkan apa mereka sedang buat ketika di sana
alangkah bestnya!

jeolous mereka sempat adakan masa bersama
tapi saya tak pun.maafkan along ya semua

along percaya kepada event n ass.nya yg sgt sempoi akan mengaturkan
sesuatu yan bermakna utk kami

suatu masa..kita bakal cukup 13 iAllah
bila..suatu masa..nantikan!

moga kita ada lagi peluang lain di lain masa
insyaALLAH, doa dalam hati ya semua :)

saya sayang mereka semua


kamu kena sabar

Friday, November 19, 2010

mood tak berapa baik  hari ini
sedih sedikit.banyak sebenarnya

entah kenapa, sangat sakit
duduk atas kerusi,sebut asma Allah buat tenangkan jiwa

lepas relax sedikit, cuba sibukkan diri dengan kerja lain
supaya tak ingat apa yang terjadi
let bygone, bygone(err, betul k?)

silap saya juga..moga diri ini sedar 
lembutkan hati ini ya ALLAH.

saya sayang semua <3

info aidiladha

Thursday, November 18, 2010

alhamdulillah taun ni sempat solat raya
taun lepas dah melepas sebab jemmed melampau

walau suasana raya agak kusam
tapi tetap membekas di hati jugak lah 
tapi diri agak letih sebab baru menapak di qlate
subuh tadi setelah hampir 12 jam duk membatu atas bas
tapi kira ok la kan tak yah takbir atas bas taun ni
tralala

saya suka raya haji sebab dapat tengok lembu kena korban
diorang..aish diohaiwan kan
dah sah-sah masuk syurga nanti
kita ni pulak belum tentu
terpikir sekejap kata-kata mr.najib tadi
betul gak kan,tapi sebagai manusia
byk tanggungjawab kena buat & insyaALLAH
kalau buat betul2 dan lillahitaala
syurga juga balasannya
so sama2 kita doakan,ameen

taun ni jugak mak sedara yang sekepala takde
sebab gi buat haji so saya agak kurang snap pixs raya nih
hehe keje yg pling ku suka bila dah kumpul ramai2
suka snap ekpresi muka yg bmacamm-macam

dan tadi kami 5beradek mula mem'bbq'kan daging korban
abang takde taun ni,xdapat cuti lama katanya
tapi takpe kami dah makan bahagian along 
naik sudah jarum penimbang
hahah

oklah,gambar raya agak kurang lah
so nanti upload esok2 ke sebab duk dalam henset abah
enset saya busuk je,tak cantik

salam aidiladha,kullu am wa antum bikhair
ameen~

ini dia gambar2 raya haji 1431H



 sekian info trafik aidiladha :)

Edisi Siasat 3:medic vs phamacy

Monday, November 15, 2010

dilemma stateskop vs ubat

Wah2 kenapakah saya nak cerita pasal kos yang xde kena-mengena dengan
saya plak ni??adehh saya hanya budak bio-sciece,jauh panggang dari api
dengan 2 kos ini.

Terpanggil nak tulis entry nih sebab nampak ada kawan yang sedang ke'blurr'an 
antara 2 nak tukar kos medic atau still keep forward dengan phamacy sampai
hujung.Pikir,pikir dan pikir.

Kalau tanya saya knapa prefer medic,jawab saya ialah:

Sebab nak banyakkan doktor yang betul2 Muslim dalam Mesia nih.
Macam Dr.Farhan suami k.fatimah syarha mungkin.Atau lebih baik dari itu.

Hehe dan sebab saya tak suka medic so kena ada orang lain yang suka
benda alah ini.

Orang duk beratur-atur nak jadi doktor kat luar sana,so kamu yang ada peluang
depan mata apa kata grab this opportunity?Peluang tak selalu datang kawan!

Ada mak bapak sanggup guna duit sendri gara-gara nak tengok anak dia jd
doktor.Gadai tanah,gelang emas bla3 demi kos medic itu.Try tanya ibu ayah
kamu rasa-rasa lebih suka anak tengok dia ni jadi doktor k phamacist??
agak-agakla apa jawapan dia ya?Penting tanya pendapat mereka.

Ok2 dah jauh saya membebel.

OK.Tadi skodeng2 pakcik google bab2 alah medic ngn phamacy,mana taw
berguna kan.Terbanyak masa free so tolong la searchkan.

sila klik ini untuk perspektif doktor dalam medan dakwah

dan klik sini untuk salary 2010 for these 2 courses (saya bukan mata duitan,
jumpa bagi jela) dan saya taw kamu tak kejar benda alah ini.

klik di sini juga.

Maaf kalau nampak agak berat kpd medic sebab cari pmacy tp resultnya  kurang.

Segala kebuntuan,mohon Dia permudahkan dan datangkan petunjuk.Istikharah 
antara pemberi dan penunjuk jalan yg baik.Mohon dariNya insyaAllah

Minta pndapat orang tua dan senior2 kamu yang gempak2 semua :)

OK.Sekian melaporkan.Wallahu'alam

Bikin Panas

Friday, November 12, 2010

Sumber gambar: Pancaindera, Utusan Malaysia (24/10/2010)

Pagi-pagi hari,blogwalking ke arah bercita-cita menjadi warganegara cakna..tapi.
Sampai ke sini saya terasa suhu badan dah naik 3 degree celcius. 
  
Tolonglah, bila nak maju kalau asyik nak jatuhkan bangsa sendiri.
Kalau ya nak anti-kelantan pun janganlah sampai tak pikir dalam perut orang lain.

Ini dah lebih.agakagak lah kalau rasa nak sindir mereka pun.Ingat mereka ini takde 
perasaan?Kita semua punya perasaan ok.

Saya bukan jenis suka main bab politik ke apa.Belum cukup umur nak bising tapi kalau
bab yang dah melebih ni, tak boleh nak duduk diam.Panas je rasa!

Demam Terubat

Thursday, November 11, 2010

Dia demamkah?Panas benar badanya.Mahu belikan ubat mengurangkan
panas,duit di saku agak kurang.Kesian.Bagaimana harus aku lakukan
supaya demamnya surut.


Kadang suis dimatikan supaya panasnya hilang, namun tugas yang
banyak memaksa dia bekerja kuat.Kembali  panas.Kesian dekat dia,dahla
badan kecik sahaja, tak mampu nak tanggung kerja yang banyak.

Aku gosok-gosok cuba sejukkan.Letak di bawah kipas.Sekurang-
kurangnya suhu badan dia turun walau sedikit.Aku sayangkan dia
sebab dia adalah teman aku pagi-petang.Tak  pernah meragam dari dulu
sampai sekarang.Semakin banyak kerja,semakin setia di sisi aku.Siang
malam, kalau aku boring,dia alunkan ayat-ayat indah mahupun lagu-lagu
pilihanku supaya aku terhibur.Dia sungguh baik.

Semalam, aku tekad.Sebab dia makin panas dan kerja aku semakin hari
semakin banyak.Aku kena cari ubat penyejuk.Kesian sangat.Aku dah tak
kesah kena ikat perut satu hari untuk belikan ubat itu untuk dia.Sebab dia
perlukan sangat!Tak nanti dia kena wad sebab demam panas.NO!

OK.Alhamdulillah sejuk kamu dah berkurang ye,wahai lappy kesayanganku.
Semoga kamu setia dengan aku,jangan panas-panas lagi,Nati aku risau kamu
demam.Dah ada penyejuk yang ada kuasa biru sebagai ubat demam kamu ye.
Suhu dah kurang walau masa try cek masih ada sket panas2.

Hehe.cerita beli cooler kepada dia yang kusayang :) 

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
huhu buruk gambar nih




anti-PINK

Wednesday, November 10, 2010


Anti-pink yang mungkin tidak anti lagi.

Huk2.adeh kenapa plak diri ini terbabit dengan sangat dahsat dengan 
warna ni sekarang??tolong,saya anti pink ok!

Selalu kutuk kawan saya yang amat fanatik ngan pink ni.
Yelah apa ke hal pink dari meja, pembalut buku(perempuan), pencil 
case,beg, baju, tudung kalau boleh segalanya lah dari hujung rambut
sampai kakilah.Macam nak boria pun ada.

Sekarang, entah taufan kirana mana pulak yang telah mengambil anti 
pink saya.Pulangkan balik,saya nak antibody itu.


Saya suka hijau bukan pink,plizz.

Sekarang pun dua-dua blog, blog baik dan blog tak berapa baik
( blog mengarut ni lah)  punya background pun sudah bertukar 
pink secara rasminya.Apa kes?

Adakah mereka2 yang fanatik ini telah mencuri anti-pink secara senyap2?

mereka itu..cik isna, cik athirah ariffin dan cik atikah.Peminats pink tegar.

Atau adakah saya makin menjadi ayu(kata2 orang yg kaitkan pink dengan ayu).
Saya tak.Memang tak.NO.Saya masih brutal ala-ala atok lagi sekarang.Adess.
Sila kembalikan antivirus pink itu!!saya amat tidak  perlukannya sekarang.

Nak warna hijau jugak!

Tadi baru beli air bandung warna pink.Pulak!


Tengah duk search pasal warna pink,jumpa ni.


siti maryam, kamu yang ambikkan antivirus tu,pulangkan!(gaya maya karin)


Apa kaitan pink ngan buli??

peminat pink sila jawab.

Rindu

Monday, November 8, 2010


Rindu mahu balik ke rumah.

Duduk makan2 kat meja sama2

Rindu gaduh2 sayang dengan adik lelaki

Rindu kena dengar 'tazkirah' ringkas kalau kami lewat bersiap atau tak tepati masa
Abah memang sangat menjaga masa.

Rindu umi yang takkan marah kami kalau tak buat salah

Rindu nak mengacau kucing enam ekor yang warna mereka semua sama.Hitam

Rindu pada masakan umi yang walau paling simple amatlah sedap.

Rindu kawasan rumah yang penuh bunga warna-warni

Rindu katil empuk walau sudah bertahun guna dan bantal busuk.

Rindu bau pakaian basuhan umi.

Rindu keadaan tenang di bumi Cik Siti Wan Kembang walau ada yang kata tak.

Rindu jalan-jalan dengan keluarga shopping sini-sana

Rindu cikgu dan sekolah yang banyak memberi jasa.

Rindu geng aeoiu dan classmates yang setia bersama.

Rindu Farahana dan Saziatul yang dah nak masuk main campus.

Sebab saya rasa saya semakin pendiam sem ini.Entah kenapa.

edisi Siasat

Thursday, November 4, 2010


Semasa tengah tunggu  Madam Maths masuk tadi.Aku jalankan misi tengok
ciptaan alam.Tengok sana sini dan sinu.Tapi masih dalam keadaan terkawal la kan :)

Ok.ini hasil siastan pemerhatian tadi:

Brothers lebih suka lepak kat luar kelas sebelum lecturer masuk.Selagi lec tak start,
mereka meneruskan kerja-kerja murni merapatkan ukhuwah dengan classmate mereka.

Sisters lebih suka duduk dalam kelas.Belek-belek buku sambil duk cerita-ceriti
pasal hal masing-masing.Revise apa yang belajar sebelumnya dengan khusyuk 
sekali.Bercakap hanya dengan orang yang mereka kenal.

Aku.Suka tengok-tengok orang sambil duk berkhayal tentang masa depan.
Bercakap dengan sesiapa pun walau tak kenal.Aku suka bina per'kawan'an.
Revise apa yang rasa nak revise.

Selesai menyiasat



cerita 2

Wednesday, November 3, 2010

Tak taw nak letak tajuk apa untuk entry sejak akhir-akhir ni.

Semalam masuk kelas pertama Maths2 dengan jayanya

Untuk pengetahuan, aku sorang je budak Bio-Science dalam kelas tuh.'Tak segan langsung'!
Lain-lain adalah mereka-mereka yang bakal bekerja kat hospital 5 tahun lagi.Aku keje kat mana??
Merekalah budak medic,denstist,phamacy,nursing,sains kesihatan bersekutu(allied).

Again aku rasa kenaling sangat.Apalah sangat tahap aku dengan bakal2 ini semua??

Tapi Madam macam taw2 je kecuakan aku.Sedang duk belajar angle bla2, Madam
bagi nasihat la sket kat student dia yang comel2 dan cool2 ni:

"you all sume budak bagus2 jangan leka.dan yang tak berapa, jangan rasa rendah diri.
Mula sekarang.InsyaAllah positive enviroment ni bagus untuk belajar"

Begitulah lebih kurang.Aku terasa yang part belakang tuh.Sedar diri ini bagaimana.

Ok,saya akan belajar minat Maths walau dah lama cuba minat!!wohaa

Ok.saya akan ada quiz 1 minggu depan!

Ok.saya belum buat tutor lagi.macam mana nak jawab quiz ni izzati??

Sila buat sekarang ye :) Aik, mana tutor??opps belum amik lagi ngan madam.

Again,aku macam nak ketuk kepala ni yang suka memerap dalam bilik.Dush2

cerita 1

Tuesday, November 2, 2010

boring.agak boring


sebab masuk hari ke tujuh atau lapan ni class takde lagi(bajet suka masuk class)
yess,im quite not interested to maths subject tapi rindu plak rasa nak belajar
dush2x..ni Allah nak kasi aku ajaran jangan nak komen banyak-banyak
nati kamu jugak yang rindu nak blaja maths tuh..


skang keje ari2 ni bangun subuh, belek-belek paper online, nak jadi mahasiswi
yang bukan katak bawah tempurung la kan..then blogwalking ke blog ini,di sini
dan ini..dan jugak beberapa besties aku isna, afifaa dan athirah dan kuncu2 uia


yang wajib belek mukabuku (facebook)!!


malam-malam jadi kunang-kunang mendengar dan mencari idea2 daripada
adik-beradik uia.bekal untuk kuat di jalanan yang panjang.


skang gak baru perasan betapa banyak blog yang duk cerita sal cintan-cintun
hu2 aku baca je..bekal jugak ni nak cari calon soleh.aku tak cerita.tak.


tapi betullah yang keje nak nikah kawin bukan bleh wat maen-maen macam
maen bola kat padang.banyak benda kena fikir even memang la kawen awal ni
bleh elak dari buat perkara yang tak elok.kalu dan mampu silakan dengan tafadhal
tapi kalau rasa belum mampu pikul gelaran sang isteri mahupun sang suami soleh
dan solehah, jom kita puasa!!Nabi dah ajar cara kepada kita sejak dulu lagi.


Pegi majlis ilmu, sibukkan dengan keje sosial yang memberi kepada masyarakat.
Mantapkan ukhuwah dengan sahabat-sahabat dan banyak lagi lah.


Ilmu nak masuk alam yang serba mencabar kena ada banyak-banyak sebelum
bleh nak ketuk pintu nak bina masjid yang mawaddah wa rahmah.


aishh,kenapa aku tercakap sal ni gak??


ok.da hilang sedikit boring.alhamdulillah


notahati: dah beli tiket balik bumi tanah tumpah darah utk sembelih lembu korban
lembu.tunggu saya datang dulu yer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...