Aku dan Mereka Adik Bulatan Gembira

Thursday, November 24, 2011


Dari semalam hujan tak henti-henti, mahu merengkuk malas atas katil empuk
Perut berbunyi minta diisi maka hujan diredah, payung dah hilang arah ditiup angin


Seminggu, sambil duduk bertenung di jendela, minda kadang hilang fokus terbang ke Qlate, bukan kerana demam rindukan keluarga[walau tak nafikan memang ada rasa itu] tapi jauh mengenang perjalanan usrah sekolah setahun kepada adik-adik riang yang sedang berjuang untuk SPM.Ada adik yang menghantar mesej luahkan soalan addmath semalam susah,,


pesan kakak;


"berdoalah lebih khusyuk dik, kerna ALLAH MAHA MENDENGAR, Dia bersama orang yang sabar,sabar dalam menuntut ilmu, sabar dalam kesusahan.Bersangka baiklah, kerana Dia seperti yang disangka :) "

Kembali menyambung ingatan pada mereka, muhasabah kembali adakah aku telah buat sehabis baiktanggungjawab itu?

Ahh, sudah tentu tidak, tak dapat nak back up diri kerana aku tidak layak untuk itu.Banyak lompang yang tak berjaya diisi, banyak kesedaran belum dibangunkan kepada jiwa adik2 itu, aku bersalah, sudah terlambat kah..?

Kesedaran untuk menyemai cinta pada amal Islami,perkara2 baik dan membina jiwa yang suka memberi walau mereka setia untuk menadah telinga mendengar bebelan kakak ini setiap kali datang walau tidak ikut skala bulanan.

Silap aku, tidak ambil peluang sebaiknya mengenal mereka, perangai mereka, keluarga mereka, siapa sahabat terapat mereka, akademik bagaimana, kebajikan terjagakah, itu dan ini yang sekarang bagai terkejar dengan kekangan masa antara aku dan juga mereka..Astagfirullah, banyak yang tak tertunai.

Layakkkah aku menagih yang terbaik sedangkan aku tak memberi yang terbaik?

Adik2 maafkan kakak sebab tak jaga, sayang adik2 sepenuhnya,secintanya kerana ALLAH, ada masa kakak buat secara sambil lewa dan terkejar sini sana.


Adik2 kakak ini tidak sebaik kakak yang laen, yang memberi dan cinta mereka sangat  luar biasa, mengorbankan semampunya.Kakak masih bukan tahap itu tapi mencuba sangat untuk ada jiwa besar yang sama.

Adik2ku, Fatin Shahira Zulkifli,Farihah Isamuddin, Siti Nasuha Mohd Ezani, Izfarahana, Mardhiah Che Yusuf,maafkan kakak ini sebab tak mampu buat yang terbaik untuk kalian.Maafkan kakak sebab tak memberi apa yang sepatutnya,
banyak hak2 yang tak tertunai,maafkan dan maafkan setulusnya.

Doa kakak, agar adik2 kekal istiqamah di jalan cinta pada perjuangan ISLAM, suka pada amal Islami, ligat menyebarkan dakwah walau sedikit.Sama-sama jadi agen pengubah masyarakat, sebab kakak yakin adik2 layak untuk berada di jalan ini dengan izinNYA dan seusaha kita untuk menyumbang pada agama tercinta.


Ya ALLAH, saksikanlah bahawa aku mencintai mereka keranaMU, ikatkan hati2 kami agar sama2 berada di jalanMU, membantu mendaulatkan syariatMU, walaupun kami terpisah jasad, jangan pisahkan kami dalam doa dan rabithah hati,ameen~

Di waktu yang mujarab doanya,di musim sejuk yang menduga aku memohon padaMu ya ALLAH, permudahkan urusan2 tapisan demi tapisan itu walau aku tak layak untuk meminta, namun aku tetap memohon kerana cinta dan sayang pada mereka,allahumma ameen~

0 penenang jiwa:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...