Ahlan Ke Kampus Masing-masing Adik!

Sunday, June 3, 2012


Tadi baca anat bab myologi, ada part arrangment of muscle fibers. Ada parallel,pennate,
radial dan circular arrangement.


Circular=Bulatan= BULATAN GEMBIRA..!


Oh rindu bulatan gembiraku @ usrah.Rindu pada adek-adek solehah semua.



Hari ini mereka menjejak bumi yang sama tempat aku pernah jejak dahulu
Pusat Asasi UIA PJ. Mungkin terkena sihiran mak buahnya ini yang menyebut UIA
tiap kali jumpa,bercerita itu dan ini kelebihannya.Nasiblah dapat mak buah banyak

mulut pot pet tak sudah kan :'p


Dari 5 orang, 4 dapat tawaran ke UIA, happy for them sampai sengih telinga


Fatin dapat kos Physical Science, Farihah dapat Engin setelah tolak tawaran ke UK
untuk architecture dek kerana uminya tak nak lepas alongnya.Nasuha kos Medic
dan sorang lagi Isfarahana dapat Laws,yang ni memang nak sangat ke UIA dari form 4.
Dan tak lupa pada Maddy yang ke matrik perak,matrik yang aku juga dapat tawaran dulu.


Jangkit sungguh anak-anak mak nih:)


Pesan kakak pada semua.

Ahlan wasahlan ila Taman Ilmu dan Budi,disitulah tempat yang pernah kakak jejak 
dan belajar.Tanah tempat kak belajar bahawa kita perlu sentiasa jadi orang yang bermanfaat.Bahawa kita harus kuat bila berjauhan dengan family.Bahawa kita perlu berdikari, bukan perlu disuap tapi mencari.Tempat kak ditarbiah ke arah menjadi lebih solehah(insyaAllah).Tempat meluaskan gerakan dakwah,tempat kak kenal erti ukhuwah fillah


Mulanya, sedih itu ada bila jauh dari keluarga, lebih-lebih lagi semua adik kak manja 
belaka kan, tak pernah jauh dari keluarga :) 


Tapi, ingatlah adik-adik setiap langkah menuntut ilmu itu bila niatkan kerana ALLAH insyaAllah berbuah pahala.Tajdid niat mahu kaut ilmu sebanyak-banyaknya, bukan sahaja ilmu kos masing-masing sahaja tapi ilmu akhirat yang bukan lagi disuap seperti di sekolah dahulu.


Istiqamahlah berusrah di sana ye, kerana bulatan ini bakal menjaga kita.Mahu rasanya 
sambung circle kita di uia alang-alang ramai duk situ,tak mustahil kan.


Jagalah solat, jaga Al-Quran,jagalah akhlak dan pergaulan,pilih kawan yang saling dapat
menjaga supaya tak cultural shock, jagalah hubungan dengan ALLAH kerana itulah 
sumber kekuatan.Moga sentiasa dalam jagaan ALLAH adik-adikku sayang ^__^


Istiqamahkan untuk melebar dakwah walau sekecil mana usaha,ikut kreativiti masing-
masing sebab semua kan pernah duduk dalam badan dakwah,amplikasikan di uia plak ye:)


One fine day, kak akan datang lawat adik2 semua di UIA PJ,insyaAllah~~


Salam sayang,
--kak Ety--


Aku doakan mereka supaya sentiasa dijaga ALLAH,diistiqamahkan dan dipilih thabat di 
jalan ALLAH, menjadi mujahidah solehah yang comel-comel,ameen ^__^


Kerana saya sayang mereka kerana Allah, saksikan cinta indahpemberianmu ini.

Dibius Exam Final Tahun 1

Thursday, May 31, 2012


Bismillah:) puuuh,puhhhh hachuummm !

Alhamdulillah,.petang tadi, sah sudah 4 kertas,baca papers telah selamat dijawab.
Biochem 2 yang menguji kritis thingking, Molecular Biology yang pheuww , BM untuk Kerjaya pompang-pompang mengarang, dan physiology 1 yang buat aku tersengguk 
kerana soalan true falsenya  hanyalah ada 250 je(mata ke atas tangan ke dada) =.=


Tiap kali malam exam, nescafe adalah minuman yang wajib, peneman di samping
hi-lite warna-warni itu dan muka sememeh dengan mata panda pada esok menunjukkan
bahawa aku mahasiswi yang stay up membakar lampu pendaflor di malam hari.Hoyyeh!

Dan setiap kali habis exam, pasti ada mesej dari Tuan Abah yang  bertanya gimana
examnya, ada chance dapat A tak?? hoho, Tuan Abah sangat berharap anaknya yang 
solehah ini dapat buat.Kita tunggu siapa yang kena ye Abah, I did my best,the rest 
serahkan pada examiners dan rezeki Allah moga najah pada natijahnya :)

Lepas exam Molec yang pheuww Jumaat lepas, sedikit mata ini masuk habuk,
sebab rasanya banyak sangat jawapan silibus sendiri berjaya dihasilkan.Bagai 
tak puas hati tak buat baek-baek,soalan susah, tapi slides tak habes baca,gi mana 
mahu jawab dong! so, jawab  nak sedih sangat, adalah tu rezeki hasil usaha kamu
walau tak habes usaha sepenuhnya ^^)

Makanya, baki 1 kertas Anatomy 1 pada 5 jun ni silalah buat sampai kamu boleh 
senyum puas untuk 3 bulan cuti.Tak mau sedih-sedih lagi,mahu tengok Tuan Abah 
dan Puan Umi senyum lihat result anaknya yang better than last semester,sila 
ameenkan untuk saya.Doa saya hanya  itu, nak buat mereka gembira ya Allah T.T

so true weyh
Tapi,tapikan saya bertuah sebab ada kawan iaitu cik pahlawan athirah dan cik najah 
yang solehah yang bagi semangat kepada cik izzati yang gagah ini.Dan pastinya  
teman-teman laen yang baek (tirah,untunglah nama mu aku sebut spesel,wakaka)

Dan sekarang,saya semakin sedar bahawa ujian dalam akademik yakni exam merupakan
antara ujian pergantungan kita pada Dia Pemilik Kejayaan setelah beusaha ^__^

Till now,wasalam.Begins strunggling for anatomy yang best!!Do pray for me,tq

Dia ke Bumi Sakura

Monday, March 26, 2012


Buat dia yang berkongsi hari lahir, buat dia antara buah hati yang 13 semua




Selamat berjuang di bumi sakura dear Faiezah<3
Moga setiap langkah Allah permudahkan dan dirahmatiNYA
Jaga iman,jaga solat,jaga aurat dan jaga Al-Quran
Semua itu penguat bila kita duduk jauh
Keep struggling to show the beauty of Islam from yourself walau jadi minoriti kat sana


Suka pesanan Poh, lepas 2 tahun, bawak balik sijil degree Mecha.Engineering
bukan sijil baitul Muslim yer, tunggu balik M'sia dulu :)


May Allah bless,take care
~im waiting for your poskad n pix with the mafla,hehe

Go Strek, Dun Belok-belok

Friday, February 3, 2012

Arakian menjadi perosak lingua franca bahasa barang seketika
Bukan sengaja agar ia lebih berperisa :P




beberapa hari lalu, tanpa tekanan sekatan refresh mahupan trafik jam untuk menembusi myportal@iium kerana berlayarnya patik di subuh hari, terpampanglah result sem 1


mulut kumat kamit baca doa selamat, mohon hati setenang air sejuk dengan apa sahaja
keputusan pasti nanti, biar syukur dan redha mendahului.tiada air mata,harap maklum!


dan, segalanya dalam pengetahuan DIA, alhamdulillah sahaja walau tak seindah pelangi
tapi syukur masih lulus untuk semua, itu lebih dari syukur kan (^__^)


slot muhasabah berlangsung esoknya paginya, kenapa jadi sebegini bukan sebegitu?
kenapa dapat ini, bukan seperti ditarget pong pang pong pang?
kenapa cgpa bukan setinggi yang diangankan? ceiit, berangan tinggi kau jah


why, why n why..?



mulalah sesi muhasabah itu dengan keyakinan seriusly ALLAH itu adil tahap maha, segala keputusan hasilnya is directly proportional dengan usaha..


dan kamu wahai manusia;


sila garu kepala pikir gimana usahamu menjelang exam??
lagaknya menghadapai satu sem pertama? 
telatahmu yang banyak play dari dun play-play?
hubungan dengan DIA  selepas menyatakan kamu telah bertawakkal usai exam?? 


nah tamparan kesedaran, dush2..lagi dush2 biar kaba sket..!


so now, semester 2 will begins next week
formula mudahnya:


when time to play, u can play but jangang lebih limit bro
and when time serious comes, plezz sila pakai spek tebal dan pakai earphone oke!
fokus dan rajin itu pesan si amirah aziz


kerana sem 2 bukan subjek bleh buat maen kuda kepang ye,


>signal transduction and cell survival
>physiology 1
>general & systemic anatomy
>dan ada lagi 3 subjek yang belum dapat di'add'


walaweh, agak2 dah macam budak medic sudaa gamaknya..





tapi tulah just go strek,dun belok ok :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...