Showing posts with label : sketsa hidup. Show all posts
Showing posts with label : sketsa hidup. Show all posts

Dahi Tak Hitam

Tuesday, August 9, 2011

Assalam =)


[lama tak update, maka masuk pun terpaksa loading sedikit lama sambil menyapu 
habuk-habuk]

tak nak jadi seperti buih
Now, it's Ramadhan month,alhamdulillah Allah sudi nak panjangkan umur untuk masuk madrasah yang tak berbayar ini tapi berganda bayaran Allah nak kasi.Baiknya Allah kan :)


maka bolehlah dikategorikan 'PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN' la kan..
yelah, modal tak payah keluar, buat sunat dapat pahala wajib, buat yang wajib berganda-ganda macam mega sale "kekoh mamoh", tanpa bayaran untuk 30 hari lagaknya.


Sakan dengan pahala.Kalau la pahala macam duit, mesti orang berebut nak beratur 
panjang macam beli tiket bola tengok The Red Warriors beraksi[baca my feveret team].
Alhamdulillah kalau diri masih ada rasa nak berebut, kalau tak rasa tak terlambat nak tambah perasa sekarang :)


Dialog awal Ramadhan yang masih terngiang-ngiang, ini sekadar perkongsian, tiada
kaitan yang telah mati atau pun yang bakal mati.


adik : dahi kakak ada tanda hitam dok [sambil tilik dahi secara mendadak]
kakak : tanda hitam..? apakah??
adik : yang kalau orang kuat semayang tuh, cikgu adik ada tanda tuh
kakak :ohh, cakaplah awal2, erm cikgu adik ustaz ke cikgu[perlu ke tanya,dah terang kot]
adik: cikgu BM,.
kakak: ohh. tanda tu orang laki ja yang ada, perempuan takde kot.Pelik kalau ada.Adik ada?
adik: adik xde, tak kuat semayang lagi.
kakak: hahaha, so kena kuat semayang la,antara ciri-ciri orang yang baik ada tanda sujud 
di dahi dia.Kalau perempuan walau xde, cukuplah antara dia dan Allah je tahu.Tapi rezeki orang lelaki yang kuat ibadah, Allah bagi tanda kat mereka, perempuan Allah bagi kelebihan cara laen pula, insyaAllah.


[sebenarnya nak kata kat adik, ibadah perempuan ada sekatan amal, kalau laki takde sekatan amal,kalau laki yang sangat hebat ibadah bleh straight setiap malam bangun solat malam tapi tengok level adik macam tak berapa nak capai, tersekat dalam kerongkong jela,sekian]


moral of cerita: 


1-Bertanda @ tak, lelaki yang soleh itu bukan tengok dia pakai kopiah sentiasa, berjubah
ke mana2, tapi seorang lelaki yang..[ juga boleh diguna pakai untuk wanita solehah]


"..Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.."

2-kepada perempuan yang ada sekatan amal, jangan sedih-sedih. nah tengok sini untuk semua muslimat kesayangan link

3- terimanya segala amalan adalah atas dasar IKHLAS mengharapkan keredhanNya.Jom sama-sama belajar dan memohon supaya ALLAH bagi ikhlas dalam beribadah dan bekerja :)


Ramadhan Kareem, Allahu akram..!
Alhamdulillah, tertunai hak pada blog yang 1 ni,asyik pilih kasih blog je.

Travelog jejak bumi Tuhan

Friday, May 13, 2011

Assalam.agak lama tak menconteng di sini..
ada rasa nak menulis tapi encik mood selalu hilang..adeh

nampaknya kaki panjang semedang je 3 minggu ke belakang nih, habis tanah mahu pijak
memandangkan bakal ke UIA Kuantan, meninggalkan KL yang sibuk memanjang
especially time hari jumaat, dengan gerabak bus penuh, tren apatah lagi..haih

pening tak payah nak cakap..! tapi mesti rindu akan mengetuk skull kepala kejap lagi.

nah, biar gambar2 budak yang bercita-cita nak DSLR tolong ceritakan..
tangan malas nak taip panjang2, jiwa sedang sedih nak berpisah dengan teman2

sambil lalu tepi jalan menuju masjid negara
pesta buku KL@ PWTC..dasat ah kakak ni beli buku, nak 30 buah dia sorang..!


Muzium Kesenian Islam, bergambar dengan helmet yang pernah pejuang Islam Iran pakai, naek semangat.!
Taman Tasik Perdana @ Tasik Ini Cantik :)
snap dari LCD je la yang mampu gambar Tuan Guru Sheikh Nuruddin ,,kuliah Dhuha @ Masjid Negeri
hasil snap yang lawa..! ada gaya macam DSLR walau guna nokia fon je =P @Taman Kancil

Ok..dah habis gambar bercerita.,sekian berita melaporkan..!

Betapa luas bumi ALLAH ini dan sangat beruntung jika mereka berjalan sambil berfikir
tentang langit dan bumi dan mengaitkan dengan kebesaran ALLAH SWT..

p/s: reading Contengan Jalanan by Hlovate..The man who decided to change at 12th hour
died on 11th hour..mendalam maksud tapi betul mati bukan boleh aci nak maen teka-teki..

44/50-LULUS!

Monday, March 14, 2011

Alhamdulillah~

Lulus ujian undang2 kegheta.Macam dapat dean's list final exam lagaknya.
Baca buku 140 m/s tuh bikin saya tenggelam dalam mimpi beberapa kali.
Sebab sangat lah skema dan sangat banyak kena ingat.Wohaa!

Kenapa happy? sebab kalo ikut statistik terkini JPJ 70000 tak lepas ujian ini.
Kalo kena repeat, rm30 cash terbang lagi dari rm10 sebelumnya.Banyak tuh.

Esok akan bermula masuk kelas teori 6 jam.
3 jam ceramah, 3 jam test drive sebelum dapat lesen belajar L.

Sila nyanyi:
"..CUAK2x..tak cuak, tak cuak...Gentar2x, tak gentar, tak gentar..."





footnote: tunjuk konfiden walau sebenar cuak~

berpisah seketika

Monday, March 7, 2011

ranting again..


 Indahnya ukhuwah, saat nak turun dari kerusi itu, banyak kejutan yang buatkan
speed of heart beating laju dari biasa.Oh, mereka sungguh pandai buat pranks
Prankers memang tahap 5 bintang.Adegan marah, lampu dewan mati, alunan sajak
video yang sangat comel dan mantop,kek untuk kami telah berjaya mengugurkan
air mata yang ditahan.Bajet nak cool je malam tu,tapi jadi lembik jugak.

"percayalah,pasti ada yang menangis"- mesej dari k.khai saat sesi pembubaran.

Dan saya memang menangis yang teresak-esak.

Saat ingin menuju destinasi seterusnya untuk langsaikan amanah akhir sebelum
melepaskan 'kerusi' itu sepenuhnya..again, adegan drama beberapa babak berlaku.

Acik sayang ayong,along,alang,andak,ateh,uda,anje,aniq,achaq,acu,ucu,ayang,anjang~
Terima kasih dan maaf untuk segala rasa.Korang memang TERBAIK!

Sebak bila perlu berpisah dengan sahabat2 seperjuangan yang akan ke Gombak.
Sedih perlu berjauhan selama hampir 6 bulan sebelum bertemu kembali di Kuantan.
Moga ditautkan rabithah hati, biar jarak memisahkan,biar waktu merenggangkan,
namun ingatan dalam doa dan sedutan kenangan memahat teguh segala memori

Pasti akan merindui saat tak tidur semalaman,saat berselisih buah fikiran,
saat geram tak keruan,saat gelak tawa sambil makan,saat bergerak kerja hingga lupa
buat asaimen.Saat ber'meeting' sambil makan, saat jalan malam berteman.

Indah sungguh persahabatan berdasarkan aqidah ini.Moga kekal dalam redhaNYA.
Luv you all fillah~

Ohh,moga cuti yang berbaki dijayakan dalam syariatNYA dan mendekatkan diri
padaNYA.Moga thabat jadi panglima agama yang gagah berani,ameen..


SELAMAT BERCUTI.
Manfaatkan cuti dengan syariatNYA kerana tiada istilah cuti dalam kamus 
hidup seorang pejuang muslim. Allah tak pernah berehat dari 
mengawasi kita & malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kita. 
Masa itu ibarat air sungai, sekali ia mengalir, kita takkan dapat capai 
dan sentuhnya lagi. Sungguh rugi jika cuti kita ini hanya terisi 
dgn tidur, melayan tv atau facebook.
Ingat, KEWAJIPAN ITU LEBIH BANYAK DARI WAKTU.
 الواجبات أكثر من الوقت
[dicopy-paste dari blog athirah ]



footnote: misi habiskan buku 2 minggu 1 buah.Mampukah??acu try test dulu..

unplanned outing

Tuesday, February 22, 2011

teet.teet.Mesej masuk.

'ti,jom g mid jumpe sep ni.che'10,isna ngan widad ada skali.dia ajak mum jugak"

"sound interesting, ok insyaALLAH'

maka bermulalah perjalanan ke midvalley.Berbekal rm40 di tangan.redah je.
tak plan nak makan,hanya ingin bertemu mata dengan mereka.

tersekat di pak guard,lupa bawak kad matrik.aduh,ni la kesusahan berganda bila
jenis tak suka bawak purse.terus berlari naek mahallah balik.mujur bas metro 12
tak datang lagi.

sampai mid.adoi, ni yang tak best.ada makhluk laen,alamak i tak berapa berkenan u
sebelum berdepan dengan mereka,athirah dah bagitahu, 'ti,sabar deh"

"alright,aku wat dunno jela,ohoo"

duk lepas rindu dengan isna yang hampir setaun setengah tak jumpa.Tetibe dapat
rasa radar si faiezah akan datang.Kami lahir hari sama so radar detected more!
(serius dapat rasa dia akan datang)..

'tirah,aku rasa faie akan mari jah lepas ni,sero ada radar dio jah ni"
"jolo tie?? jolo kot" muka tirah blurr atau buat-buat blurr aku tak tau.

"FAIEZAH!!!" teriakan mereka buat aku tersentak.SAH BETUL!!
Dan aku dah nak touching dekat situ jugak.Hoho.Radar oh radar

Seperti biasa,aktiviti ambik gambar tak leh tak de.
Dengan DSLR kawan si faiezah.Hoho, nak dslr 1 boleh?? sangat suka camera ni!

dan tetibe datang 1 idea cam best..overnight at faiezah's home.
Pikir-pikir,timbang-timbang,ukur-ukur, aku teruskan plan.Sebab
duk pikir ni last semester(insyaALLAH) kat KL,jap lagi duk kuantan susah
dah nak redah KL ni walau kaki panjang pun.

Headed to TAMAN BUKIT PELANGI,apartments tuk budak2 JAD~

pemandangan dari bilik.woha!
Ohh, bilamana dah duk bersama bukak banyak cerita.
Cerita jiwa, cerita hati, cerita hidup,cerita kawan2 dan segala bagai.

Moment best dapat tengok magic yang dibuat oleh kawan dia-si izma
Terpegun,amazed semua ada..dan jalan-jalan pegi uitm shah alam jumpa ISNA
Dia bawak jalan pegi galeri, library walau dia ada quiz lepas tuh.thanx alot is!
menjiwai seni di galeri uitm shah alam
library,tempat ditinggal lepas diorang ada quiz n latihan gamelan
layan hlovate sorang2
Sungguh kaki panjang walau tuan kaki sebenarnya tak berapa tinggi~
TAMAT =)

p/s:athirah,sila update blog anda.Isna n athirah saya nk pixs2 yang kita amek =)

It' Over!

Sunday, February 20, 2011

Gembira sebab final exam sudah tamat!! 


tepat pukul 12 t/hari,19hb Feb 2011 di AX 101 ( sebelah AX 102,tempat talaqi kami) 
seat no.52,depan pintu masuk, pakai baju purple..kertas soalan dan eraser 
selalu terbang sebab nervous masa jawab,  hampir menangis masa duk jawab sebab 
tak dapat jawab soalan complicated pasal probability,aduih..




sedih sebab tak dapat buat sebaiknya tapi itulah yang terbaik saya dapat buat.
Sedih sebab ini mungkin semester akhir berada di cfs iium setelah 2 tahun.

woha!orang lain matrik setahun,hamba asasi dah macam nak buat diploma.
sampai kalau orang tanya duk kat mana sekarang,hamba sengih jawab


"masih di asasi makcik2,pakcik2,nenek2..."


Kawan2 sepersekolahan sudah masuk tahun 1 degree,saya masih duduk 
pilih kos nak ambik di maincampus kuantan bulan 9..
Kawan2 lain sudah  final exam tahun 1,saya baru selesai final exam asasi..


Unik-unik,sampai selalu saya pikir mesti ada hikmah ALLAH aturkan.kan?
saya lama di sini..2 tahun kot.mungkin sekejap di degree..tetiba  jadi genius!


ok,bermimpi lagi di siang hari.Tapi tak salah nak pasang angan tinggi-tinggi kan?


Itu sahaja setelah hampir seminggu tangan yang gatal menulis dibiarkan sahaja
gatal sebab exam mode..misi offline FB masa exam tak dapat dijayakan sebab
FB jadi teman rapat saya masa duk mengantuk buat exercise maths..hehehe

Doakan saya najah & dapat further degree dengan izinNYA.
Kalau ALLAH tak izin,duk di sini lagi la saya..doa2 kan ye,saya doakan kalian najah=)

Keep faith in HIM,He's knows the best.Ini masa untuk tawakal~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...