Ahlan Ke Kampus Masing-masing Adik!

Sunday, June 3, 2012


Tadi baca anat bab myologi, ada part arrangment of muscle fibers. Ada parallel,pennate,
radial dan circular arrangement.


Circular=Bulatan= BULATAN GEMBIRA..!


Oh rindu bulatan gembiraku @ usrah.Rindu pada adek-adek solehah semua.



Hari ini mereka menjejak bumi yang sama tempat aku pernah jejak dahulu
Pusat Asasi UIA PJ. Mungkin terkena sihiran mak buahnya ini yang menyebut UIA
tiap kali jumpa,bercerita itu dan ini kelebihannya.Nasiblah dapat mak buah banyak

mulut pot pet tak sudah kan :'p


Dari 5 orang, 4 dapat tawaran ke UIA, happy for them sampai sengih telinga


Fatin dapat kos Physical Science, Farihah dapat Engin setelah tolak tawaran ke UK
untuk architecture dek kerana uminya tak nak lepas alongnya.Nasuha kos Medic
dan sorang lagi Isfarahana dapat Laws,yang ni memang nak sangat ke UIA dari form 4.
Dan tak lupa pada Maddy yang ke matrik perak,matrik yang aku juga dapat tawaran dulu.


Jangkit sungguh anak-anak mak nih:)


Pesan kakak pada semua.

Ahlan wasahlan ila Taman Ilmu dan Budi,disitulah tempat yang pernah kakak jejak 
dan belajar.Tanah tempat kak belajar bahawa kita perlu sentiasa jadi orang yang bermanfaat.Bahawa kita harus kuat bila berjauhan dengan family.Bahawa kita perlu berdikari, bukan perlu disuap tapi mencari.Tempat kak ditarbiah ke arah menjadi lebih solehah(insyaAllah).Tempat meluaskan gerakan dakwah,tempat kak kenal erti ukhuwah fillah


Mulanya, sedih itu ada bila jauh dari keluarga, lebih-lebih lagi semua adik kak manja 
belaka kan, tak pernah jauh dari keluarga :) 


Tapi, ingatlah adik-adik setiap langkah menuntut ilmu itu bila niatkan kerana ALLAH insyaAllah berbuah pahala.Tajdid niat mahu kaut ilmu sebanyak-banyaknya, bukan sahaja ilmu kos masing-masing sahaja tapi ilmu akhirat yang bukan lagi disuap seperti di sekolah dahulu.


Istiqamahlah berusrah di sana ye, kerana bulatan ini bakal menjaga kita.Mahu rasanya 
sambung circle kita di uia alang-alang ramai duk situ,tak mustahil kan.


Jagalah solat, jaga Al-Quran,jagalah akhlak dan pergaulan,pilih kawan yang saling dapat
menjaga supaya tak cultural shock, jagalah hubungan dengan ALLAH kerana itulah 
sumber kekuatan.Moga sentiasa dalam jagaan ALLAH adik-adikku sayang ^__^


Istiqamahkan untuk melebar dakwah walau sekecil mana usaha,ikut kreativiti masing-
masing sebab semua kan pernah duduk dalam badan dakwah,amplikasikan di uia plak ye:)


One fine day, kak akan datang lawat adik2 semua di UIA PJ,insyaAllah~~


Salam sayang,
--kak Ety--


Aku doakan mereka supaya sentiasa dijaga ALLAH,diistiqamahkan dan dipilih thabat di 
jalan ALLAH, menjadi mujahidah solehah yang comel-comel,ameen ^__^


Kerana saya sayang mereka kerana Allah, saksikan cinta indahpemberianmu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...