Showing posts with label ranting. Show all posts
Showing posts with label ranting. Show all posts

Aku dan Mereka Adik Bulatan Gembira

Thursday, November 24, 2011


Dari semalam hujan tak henti-henti, mahu merengkuk malas atas katil empuk
Perut berbunyi minta diisi maka hujan diredah, payung dah hilang arah ditiup angin


Seminggu, sambil duduk bertenung di jendela, minda kadang hilang fokus terbang ke Qlate, bukan kerana demam rindukan keluarga[walau tak nafikan memang ada rasa itu] tapi jauh mengenang perjalanan usrah sekolah setahun kepada adik-adik riang yang sedang berjuang untuk SPM.Ada adik yang menghantar mesej luahkan soalan addmath semalam susah,,


pesan kakak;


"berdoalah lebih khusyuk dik, kerna ALLAH MAHA MENDENGAR, Dia bersama orang yang sabar,sabar dalam menuntut ilmu, sabar dalam kesusahan.Bersangka baiklah, kerana Dia seperti yang disangka :) "

Kembali menyambung ingatan pada mereka, muhasabah kembali adakah aku telah buat sehabis baiktanggungjawab itu?

Ahh, sudah tentu tidak, tak dapat nak back up diri kerana aku tidak layak untuk itu.Banyak lompang yang tak berjaya diisi, banyak kesedaran belum dibangunkan kepada jiwa adik2 itu, aku bersalah, sudah terlambat kah..?

Kesedaran untuk menyemai cinta pada amal Islami,perkara2 baik dan membina jiwa yang suka memberi walau mereka setia untuk menadah telinga mendengar bebelan kakak ini setiap kali datang walau tidak ikut skala bulanan.

Silap aku, tidak ambil peluang sebaiknya mengenal mereka, perangai mereka, keluarga mereka, siapa sahabat terapat mereka, akademik bagaimana, kebajikan terjagakah, itu dan ini yang sekarang bagai terkejar dengan kekangan masa antara aku dan juga mereka..Astagfirullah, banyak yang tak tertunai.

Layakkkah aku menagih yang terbaik sedangkan aku tak memberi yang terbaik?

Adik2 maafkan kakak sebab tak jaga, sayang adik2 sepenuhnya,secintanya kerana ALLAH, ada masa kakak buat secara sambil lewa dan terkejar sini sana.


Adik2 kakak ini tidak sebaik kakak yang laen, yang memberi dan cinta mereka sangat  luar biasa, mengorbankan semampunya.Kakak masih bukan tahap itu tapi mencuba sangat untuk ada jiwa besar yang sama.

Adik2ku, Fatin Shahira Zulkifli,Farihah Isamuddin, Siti Nasuha Mohd Ezani, Izfarahana, Mardhiah Che Yusuf,maafkan kakak ini sebab tak mampu buat yang terbaik untuk kalian.Maafkan kakak sebab tak memberi apa yang sepatutnya,
banyak hak2 yang tak tertunai,maafkan dan maafkan setulusnya.

Doa kakak, agar adik2 kekal istiqamah di jalan cinta pada perjuangan ISLAM, suka pada amal Islami, ligat menyebarkan dakwah walau sedikit.Sama-sama jadi agen pengubah masyarakat, sebab kakak yakin adik2 layak untuk berada di jalan ini dengan izinNYA dan seusaha kita untuk menyumbang pada agama tercinta.


Ya ALLAH, saksikanlah bahawa aku mencintai mereka keranaMU, ikatkan hati2 kami agar sama2 berada di jalanMU, membantu mendaulatkan syariatMU, walaupun kami terpisah jasad, jangan pisahkan kami dalam doa dan rabithah hati,ameen~

Di waktu yang mujarab doanya,di musim sejuk yang menduga aku memohon padaMu ya ALLAH, permudahkan urusan2 tapisan demi tapisan itu walau aku tak layak untuk meminta, namun aku tetap memohon kerana cinta dan sayang pada mereka,allahumma ameen~

Management Fever

Wednesday, November 16, 2011

[Jam menghampir kepada 2 pagi,wohaa..! insomnia kah? ]


kalau dah mood menulis mengalir laju, tak leh nak tahan tangan dari menaip sepatah 2 kata.mood menulis je laa, isi kosong je..
 
kali ini,mahu alirkan 'kesukaan' belajar MANAGEMENT


2 hari baca benda alah ni, baru habes 2 chapters, pergh. slides handout je kut
masih tinggal 5 chapter untuk dikhatam dalam 3 hari dengan sukanya dan kena 
pastikan berjaya abes nanti,insyaALLAH..

what the name of tiger Management ni..??

ok, awal sem lepas kami sekelas dilantik secara rela dan perlu berkhayal jadi manager

manager ini ada empat level.. dari top manager,middle manager, fisrtline manager,
dan bawah sekali nonmanagerial, bahasa mudah budak2 officeboy laa
level ni ikut bentuk piramid [ sila bayang food pyramid sambil nampak aiskrim,ngee]
supaya segala bagai input berkenaan a successful manager macam kena pada diri kami
sambil sambung berkhayal lagi pakai kot, tie, bawak briefcase, pekerja ucap good morning 
eh tak syarikat aku nanti Islamic, ucap salam supaya dapat pahala free2 dan doakan aku sejahtera selalu nanti..ehh, pakai baju kurung laa, aku masih perempuan sejati =D

makanya subjek ini perlu imaginasi yang jauh bahawa  kita ada syarikat besar macam simedarby, ada pekerja bawahan, ada gol syarikat nak capai blablabla
perlu planning, organizing,leading and controlling an organization
pastu kena taw stategies nak tawan and accomplish gol syarikat.
mengusasi obstructionist,defensive,accomodative dan proactive strategies..WOW!

dialog yang pernah ditanya dalam hati saat pertama kali belajar
menarik sungguh kan sambil memujuk diri bahawa ilmu ini pasti ada guna nanti,ilmu kan..
secara tak langsung dapat tahu bagaimana nak jadi a managed well person.

meh2 duduk sama bersila ria belajar sambil dengar ceghita =)
yang paling best, lecturer itu sangat banyak cerita dan pengalaman utk kami dengar..

selamat malam.esok sambung balik chapters berbaki dengan gaya seorang CEO,lalala
wassalam~

terubat rindu kepada mereka :)

Sunday, July 24, 2011

terubat rindu pada buah-buah hatiku
aka sahabat sepermainan di zaman sekolah~aeiou~

walau terkejar-kejar dari tempat program ke KBMALL
alhamdulillah bertemu pakcik teksi yang baek dan murah dengan nasihat
"nanti kalau dah berjaya jangan tengok depan sahaja, kena tengok belakang
juga sebab masih ramai orang yang susah.." itulah nasihat beliau.
InsyaAllah pakcik, doakan kami (sebab naek teksi berdua)

Sesampai di KBMALL( port kegemaran bila reunion walau takbest sangat pun)
teruja sebab dah berbulan-bulan tak jumpa, ada yang masuk setahun
tapi masih tak cukup korum 12 buah hati T_T
mirah. ainul. hajar. mimi tak dapat datang
isna dan shekin bersukarelawan di KELCHEFF,
so kamilah yang paksarela angkat kaki mencemar duli jumpa meraka di situ:)
but at least we enjoyed the day walau hanya beberapa jam
bertukar ceghita-ceghiti ( tak soh kalu tak tanya bab status, hoho)
perangai masih tak berubah, ber'gege'-riuh, makan banyak2,
gelak tak ingat orang keliling.ambik gambar
dan celebrate birthday cik afifah dan cik amirah(tiada tempat kejadian)

lets pictures story the meeting :)

kek untuk birthday girls :)
rindu 'kembar' lama terubat :P

geng 'poyo'. hu2

Sekarang masing-masing dah ada arah tuju
alhamdulillah, cita2 yang diukir ALLAH tunjukkan dan mudahkan jalan2nya
ada yang sudah masuk degree, ada yang tahun akhir diploma,
ada yang bakal 'fly', ada yang jika ada rezeki jadi penterjemah korea,
dan ada yang masih tak masuk tahun pertama( baca sayalah tu)

terima kasih untuk ikatan persahabatan yang penuh ceria dan kaseh :)
walau ada banyak sahabat dan kawan yang saya jumpa selepas
sekolah, kawan sepersekolahan yang ini memang laen dari yang laen.

 my buddy amirah, like have smthing that not complete when u're not with me :P
oklah, tu saja nak share sebab blog nih sangat lama tak diupdate..!

Travelog jejak bumi Tuhan

Friday, May 13, 2011

Assalam.agak lama tak menconteng di sini..
ada rasa nak menulis tapi encik mood selalu hilang..adeh

nampaknya kaki panjang semedang je 3 minggu ke belakang nih, habis tanah mahu pijak
memandangkan bakal ke UIA Kuantan, meninggalkan KL yang sibuk memanjang
especially time hari jumaat, dengan gerabak bus penuh, tren apatah lagi..haih

pening tak payah nak cakap..! tapi mesti rindu akan mengetuk skull kepala kejap lagi.

nah, biar gambar2 budak yang bercita-cita nak DSLR tolong ceritakan..
tangan malas nak taip panjang2, jiwa sedang sedih nak berpisah dengan teman2

sambil lalu tepi jalan menuju masjid negara
pesta buku KL@ PWTC..dasat ah kakak ni beli buku, nak 30 buah dia sorang..!


Muzium Kesenian Islam, bergambar dengan helmet yang pernah pejuang Islam Iran pakai, naek semangat.!
Taman Tasik Perdana @ Tasik Ini Cantik :)
snap dari LCD je la yang mampu gambar Tuan Guru Sheikh Nuruddin ,,kuliah Dhuha @ Masjid Negeri
hasil snap yang lawa..! ada gaya macam DSLR walau guna nokia fon je =P @Taman Kancil

Ok..dah habis gambar bercerita.,sekian berita melaporkan..!

Betapa luas bumi ALLAH ini dan sangat beruntung jika mereka berjalan sambil berfikir
tentang langit dan bumi dan mengaitkan dengan kebesaran ALLAH SWT..

p/s: reading Contengan Jalanan by Hlovate..The man who decided to change at 12th hour
died on 11th hour..mendalam maksud tapi betul mati bukan boleh aci nak maen teka-teki..

dari meja di UIA..

Sunday, April 17, 2011

salam all~moga sehat kalian,moga kita sentiasa kuat menguatkan =)

ok.tajuk macam tak redha je kena datag uia again..hampir 2 minggu menapak dekat UIA
nan permai dek kerana dapat kos biomedic nanti kat Kuantan.Alhamduluillah

Itu masa mula-mula.Sekarang dah stabil emosi segala walau homesick wajib ada.anak manja.
Yela..duk planning dalam kepala otak akan takde shortsem..mahu belajar kereta,mahu kerja
kedai printing,mahu jadi tutor yang 'baek' untuk adik2 hero yang sedang membesar.wohaa!

tapi nampaknya impian itu tergendala buat masa ini dengan tercampak 2 bulan di sini.huh

'..dalam gembira ada derita, dalam ceria terselit duka.tak siapa tahu tak siapa minta
 ujian melanda..' lalala..[sambung nasyid ini]


masa mula-mula tahu result final exam lepas.wahh macam tak caya.terkedu.seriusly,tak tinggi pun dapat,cukup makan je but in one word..syukur!

terus melompat-lompat atas katil,menari-nari.Air mata begitu pemurah sekali nak keluar.
Lari ke ruang tamu bagitahu abah..'Abah, ety passed,tak payah repeat any paper"

"alhamdulillah,tahniah" respon seorang ayah takkan macam dapat 1st prize seperti aku ni kan,haha.
tapi aku tahu dia juga gembira macam aku ini.Dia tahu aku sudah penat di matrik.Dengan matematik.
my bad,sorry my abah.

Tak cukup tanah lari pulak nak call umi .Umi duduk umah mak cik @ che yah.ada kenduri
pak cik a.k.a pak su yus nikah.. dasat anak sedara tak pegi kenduri sebab pergi program.


"umi.."drama ayaq mata dah mula.
"eh ety accident ke??duk mana nih?" suara umi terchenta yang salah paham sebab dengar suara
aku weak sangat.
"ishh dok eh, ety duk dumoh ni..ni, ety passed final exam"
"issh, kejut umi ingat accident, sakit palo tibo2, naek darah..jangan wat gitu laen kali.Alhamdulillah,
bleh brapo??" alamak dah kena warning sudaa. ai ai umi.tak buat dah
"bleh la ***..sikit jah tapi hak penting bleh gi kuantan bulan 9 ni, cuti lama"
"bagusla gitu..nati jupo kat umah laa deh, ada ramai orang nih"..
"orait then..assalamualaikum"

Ok,sudah tamat.Itulah berita gembira..tapi yang bab kena ada shortsem yang agak derita la
sikit.Masa taw ada shortsem, masa tu duk di tepi pantai sebab ada program motivasi budak2 PTAK.
Indeed, it is a very good news to hear i got biomedic but at the same time, berat nak tinggal
wilayah jajahan tapi demi cita kaki kena terus kuat digagahkan naik bus.waahh[mode rindu nak balik]

2 days later, i got a good news from sweet home bahawa our si puteh snowbell sudah beranak!
5 ekor dengan jaya dan selamatnya..again, tak sempat jadi bidan dia macam sebelumnya =(

sekarang ada 11 ekor kucing di rumah.semua cute macam nak penyek2 je mereka.

@ permai beach masa dapat news ada shortsem

Till then, chow n take care!wasalam..

berpisah seketika

Monday, March 7, 2011

ranting again..


 Indahnya ukhuwah, saat nak turun dari kerusi itu, banyak kejutan yang buatkan
speed of heart beating laju dari biasa.Oh, mereka sungguh pandai buat pranks
Prankers memang tahap 5 bintang.Adegan marah, lampu dewan mati, alunan sajak
video yang sangat comel dan mantop,kek untuk kami telah berjaya mengugurkan
air mata yang ditahan.Bajet nak cool je malam tu,tapi jadi lembik jugak.

"percayalah,pasti ada yang menangis"- mesej dari k.khai saat sesi pembubaran.

Dan saya memang menangis yang teresak-esak.

Saat ingin menuju destinasi seterusnya untuk langsaikan amanah akhir sebelum
melepaskan 'kerusi' itu sepenuhnya..again, adegan drama beberapa babak berlaku.

Acik sayang ayong,along,alang,andak,ateh,uda,anje,aniq,achaq,acu,ucu,ayang,anjang~
Terima kasih dan maaf untuk segala rasa.Korang memang TERBAIK!

Sebak bila perlu berpisah dengan sahabat2 seperjuangan yang akan ke Gombak.
Sedih perlu berjauhan selama hampir 6 bulan sebelum bertemu kembali di Kuantan.
Moga ditautkan rabithah hati, biar jarak memisahkan,biar waktu merenggangkan,
namun ingatan dalam doa dan sedutan kenangan memahat teguh segala memori

Pasti akan merindui saat tak tidur semalaman,saat berselisih buah fikiran,
saat geram tak keruan,saat gelak tawa sambil makan,saat bergerak kerja hingga lupa
buat asaimen.Saat ber'meeting' sambil makan, saat jalan malam berteman.

Indah sungguh persahabatan berdasarkan aqidah ini.Moga kekal dalam redhaNYA.
Luv you all fillah~

Ohh,moga cuti yang berbaki dijayakan dalam syariatNYA dan mendekatkan diri
padaNYA.Moga thabat jadi panglima agama yang gagah berani,ameen..


SELAMAT BERCUTI.
Manfaatkan cuti dengan syariatNYA kerana tiada istilah cuti dalam kamus 
hidup seorang pejuang muslim. Allah tak pernah berehat dari 
mengawasi kita & malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kita. 
Masa itu ibarat air sungai, sekali ia mengalir, kita takkan dapat capai 
dan sentuhnya lagi. Sungguh rugi jika cuti kita ini hanya terisi 
dgn tidur, melayan tv atau facebook.
Ingat, KEWAJIPAN ITU LEBIH BANYAK DARI WAKTU.
 الواجبات أكثر من الوقت
[dicopy-paste dari blog athirah ]



footnote: misi habiskan buku 2 minggu 1 buah.Mampukah??acu try test dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...