Showing posts with label "detektif tak bertauliah". Show all posts
Showing posts with label "detektif tak bertauliah". Show all posts

Apa Rasional:Pakai Topeng/Mask Untuk Jamuan/Party

Wednesday, February 2, 2011

Erk,mood baru lepas jamuan hisbah(level) mahallah kami.

Tengah duk pikir apa relevan komiti suh kami anak beranak hisbah ni
pakai mask@topeng@sewaktu dengannya.Walau dah lepas pun.

Tadi ramai gak yang pakai.Khair sahaja,silakan tapi entah hati ni
malas nak ikut.Bila lagi nak tak ikut rules & regulations kan?Teet.

Sebab rasa berat bilamana disuruh pakai benda alah tu.Macam
something wrong and it is from our Islamic view not mine.Saya bukan ustazah.

Ni bukan topeng power rangers yang duk pakai masa zaman hingusan dulu
tapi ni hah topeng yang ala-ala barat.issh,tengok gambar bawah,susah
nak describe..

Masquerade Party Masks ...

Hah,nama pun dah berbelit-belit.

kartun kesukaan dulu2,power ranger pink^-^ 


Moral: sila pakai topeng power rangers@ kawan2 seangkatan untuk keselamatan sejagat.
Tak pun pakai jer purdah, kan lebih sopan dan manis :)

Edisi Siasat 3:medic vs phamacy

Monday, November 15, 2010

dilemma stateskop vs ubat

Wah2 kenapakah saya nak cerita pasal kos yang xde kena-mengena dengan
saya plak ni??adehh saya hanya budak bio-sciece,jauh panggang dari api
dengan 2 kos ini.

Terpanggil nak tulis entry nih sebab nampak ada kawan yang sedang ke'blurr'an 
antara 2 nak tukar kos medic atau still keep forward dengan phamacy sampai
hujung.Pikir,pikir dan pikir.

Kalau tanya saya knapa prefer medic,jawab saya ialah:

Sebab nak banyakkan doktor yang betul2 Muslim dalam Mesia nih.
Macam Dr.Farhan suami k.fatimah syarha mungkin.Atau lebih baik dari itu.

Hehe dan sebab saya tak suka medic so kena ada orang lain yang suka
benda alah ini.

Orang duk beratur-atur nak jadi doktor kat luar sana,so kamu yang ada peluang
depan mata apa kata grab this opportunity?Peluang tak selalu datang kawan!

Ada mak bapak sanggup guna duit sendri gara-gara nak tengok anak dia jd
doktor.Gadai tanah,gelang emas bla3 demi kos medic itu.Try tanya ibu ayah
kamu rasa-rasa lebih suka anak tengok dia ni jadi doktor k phamacist??
agak-agakla apa jawapan dia ya?Penting tanya pendapat mereka.

Ok2 dah jauh saya membebel.

OK.Tadi skodeng2 pakcik google bab2 alah medic ngn phamacy,mana taw
berguna kan.Terbanyak masa free so tolong la searchkan.

sila klik ini untuk perspektif doktor dalam medan dakwah

dan klik sini untuk salary 2010 for these 2 courses (saya bukan mata duitan,
jumpa bagi jela) dan saya taw kamu tak kejar benda alah ini.

klik di sini juga.

Maaf kalau nampak agak berat kpd medic sebab cari pmacy tp resultnya  kurang.

Segala kebuntuan,mohon Dia permudahkan dan datangkan petunjuk.Istikharah 
antara pemberi dan penunjuk jalan yg baik.Mohon dariNya insyaAllah

Minta pndapat orang tua dan senior2 kamu yang gempak2 semua :)

OK.Sekian melaporkan.Wallahu'alam

edisi Siasat

Thursday, November 4, 2010


Semasa tengah tunggu  Madam Maths masuk tadi.Aku jalankan misi tengok
ciptaan alam.Tengok sana sini dan sinu.Tapi masih dalam keadaan terkawal la kan :)

Ok.ini hasil siastan pemerhatian tadi:

Brothers lebih suka lepak kat luar kelas sebelum lecturer masuk.Selagi lec tak start,
mereka meneruskan kerja-kerja murni merapatkan ukhuwah dengan classmate mereka.

Sisters lebih suka duduk dalam kelas.Belek-belek buku sambil duk cerita-ceriti
pasal hal masing-masing.Revise apa yang belajar sebelumnya dengan khusyuk 
sekali.Bercakap hanya dengan orang yang mereka kenal.

Aku.Suka tengok-tengok orang sambil duk berkhayal tentang masa depan.
Bercakap dengan sesiapa pun walau tak kenal.Aku suka bina per'kawan'an.
Revise apa yang rasa nak revise.

Selesai menyiasat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...