Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts
Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts

No title 1

Saturday, October 22, 2011

[pasang highest volume headphone,sambil memutar lagu I BELIEVE by Irfan Makki]

turn to HIM

otak macam dah penuh toksik akibat lama tak keluat peluh beriadhah
accumulation of toxic dah lebih dari takat stabil, saturated..!
meja dah sepah bagai kapal pecah., oh biochem, oh epidemiology,oh MGT,oh KOS
segala seperti sangat mengusutkan.."xjuppo pintu, tumbuk bantal gaya gangster"
seolah mahu menangis dalam hujan, diri cuba sehabes mungkin di'cool'kan
biar gagah dan kacak tiada masalah..

tahniah Encik Stress kerana anda berjaya memenangi tempat dalam diri saya
tapi saya cepat detect kamu semakin mula mahu merajai diri saya
mana boleh..! harap maaf..sila pergi jauh-jauh sebab saya mahu ceria-ceria sahaja.

tengok kalendar,ok masa sangat dengki dengan saya yang jenis lambat ini
padan muka..! laju masa tinggalkan saya terhegeh-hegeh
kalau lambat kena bayar 10sen memang patot dan tak padan kalau nak berkira.
sebab masa sangat berharga, lebih dari dinar emas.
tapi itulah, hanya tahu tapi masih buat-buat tak tahu dan buat tak endah..

Rabbuna yusahhilna, moga segalanya berjalan dengan lancar
tapisan demi tapisan itu moga dapat dilalui dengan baik dan diberi kemudahan
dengan izinku ku mohon yang terbaek untuk perjuangan ini,
aku sayang mereka anak2 buahku, aku mahu mereka dapat bersamaku
bertatih dalam perjuangan  ini~

Sempatkan aku untuk meneruskan perjuangan dan melihat mereka bersamaku
tak ramai, seorang pun lebih dari kusyukuri~


Wahai jiwa yang tenang,kembalilah pada TuhanMU T_T

Oh Exam Mendekat

Thursday, February 10, 2011

[mode sedang teliti notes Math2 sambil dengar nasyid n video2 best]


 Schedule exam jatuh 19hb nanti..around 1week tolak tidur+makan+keje2 lain
ohh..sangat dekat..tapi terasa serabai habes..statistics,binomial,distribution bla3
entah ke mana,terasa kacau-bilau segala..ya ALLAH,tolong saya ini.


Setiap hari juga pasti abah mesej dan soalan wajib ditanya:

"ada class?" skarang study week abah..
"khabar?" quiz mark dapat rendah je,byk kena cover lagi,takut.
"takpe,jangan bereti,jangan risau,peluang masih ada,hanya usaha 
dan doa,iAllah bakal melangkah ke kuantan bulan september ini.
Abah dan umi terus berdoa n berdoa untuk kejayaan eti"  

Ohh ku terkaku,sayu je rasa malam-malam nih T_T.
Sayang sangat mereka dekat aku yang kuat maen-maen ini.

Sebagai dorongan motivasi,orang kata letak gambar parents kat meja study.
ingat selalu apa mereka pesan, selalu call/mesej minta dioarang doakan kita.

......Lalu ku tukar screen saver henset kepada gambar mereka.
Wallpaper henset kepada wallpaper solution to success
I hardwork + good choices + wise decisions= success I
walau saya tak paham sgt apa maknanya sebaliknya,adeeh
Dekat dekstop lappy letak gambar orang duk study kat meja.
Dekat FB tukar profile pix ke ulat buku dgn spek besarnya.
Dekat ym tukar ke pix orang tengah study tahap dewa
Gambar aEiou depan mata..mereka sudah sukses semua....


Tak tawla kalau diri ini masih tak termotivasi..dush dush
Lalu mohon doa dari semua,doakan saya tenang,diberikan ilham dan kefahaman ye..

p/s:kepada yang juga sedang alami demam exam, all the best dan good luck!

sama2 doa,buat solat hajat.study hard.(tak leh nak study smart da klu dah gini =P )
Yakin dengan ALLAH dan tawakkal setelah berusaha.

Apa Rasional:Pakai Topeng/Mask Untuk Jamuan/Party

Wednesday, February 2, 2011

Erk,mood baru lepas jamuan hisbah(level) mahallah kami.

Tengah duk pikir apa relevan komiti suh kami anak beranak hisbah ni
pakai mask@topeng@sewaktu dengannya.Walau dah lepas pun.

Tadi ramai gak yang pakai.Khair sahaja,silakan tapi entah hati ni
malas nak ikut.Bila lagi nak tak ikut rules & regulations kan?Teet.

Sebab rasa berat bilamana disuruh pakai benda alah tu.Macam
something wrong and it is from our Islamic view not mine.Saya bukan ustazah.

Ni bukan topeng power rangers yang duk pakai masa zaman hingusan dulu
tapi ni hah topeng yang ala-ala barat.issh,tengok gambar bawah,susah
nak describe..

Masquerade Party Masks ...

Hah,nama pun dah berbelit-belit.

kartun kesukaan dulu2,power ranger pink^-^ 


Moral: sila pakai topeng power rangers@ kawan2 seangkatan untuk keselamatan sejagat.
Tak pun pakai jer purdah, kan lebih sopan dan manis :)

kamu kena sabar

Friday, November 19, 2010

mood tak berapa baik  hari ini
sedih sedikit.banyak sebenarnya

entah kenapa, sangat sakit
duduk atas kerusi,sebut asma Allah buat tenangkan jiwa

lepas relax sedikit, cuba sibukkan diri dengan kerja lain
supaya tak ingat apa yang terjadi
let bygone, bygone(err, betul k?)

silap saya juga..moga diri ini sedar 
lembutkan hati ini ya ALLAH.

saya sayang semua <3

Demam Terubat

Thursday, November 11, 2010

Dia demamkah?Panas benar badanya.Mahu belikan ubat mengurangkan
panas,duit di saku agak kurang.Kesian.Bagaimana harus aku lakukan
supaya demamnya surut.


Kadang suis dimatikan supaya panasnya hilang, namun tugas yang
banyak memaksa dia bekerja kuat.Kembali  panas.Kesian dekat dia,dahla
badan kecik sahaja, tak mampu nak tanggung kerja yang banyak.

Aku gosok-gosok cuba sejukkan.Letak di bawah kipas.Sekurang-
kurangnya suhu badan dia turun walau sedikit.Aku sayangkan dia
sebab dia adalah teman aku pagi-petang.Tak  pernah meragam dari dulu
sampai sekarang.Semakin banyak kerja,semakin setia di sisi aku.Siang
malam, kalau aku boring,dia alunkan ayat-ayat indah mahupun lagu-lagu
pilihanku supaya aku terhibur.Dia sungguh baik.

Semalam, aku tekad.Sebab dia makin panas dan kerja aku semakin hari
semakin banyak.Aku kena cari ubat penyejuk.Kesian sangat.Aku dah tak
kesah kena ikat perut satu hari untuk belikan ubat itu untuk dia.Sebab dia
perlukan sangat!Tak nanti dia kena wad sebab demam panas.NO!

OK.Alhamdulillah sejuk kamu dah berkurang ye,wahai lappy kesayanganku.
Semoga kamu setia dengan aku,jangan panas-panas lagi,Nati aku risau kamu
demam.Dah ada penyejuk yang ada kuasa biru sebagai ubat demam kamu ye.
Suhu dah kurang walau masa try cek masih ada sket panas2.

Hehe.cerita beli cooler kepada dia yang kusayang :) 

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
huhu buruk gambar nih




anti-PINK

Wednesday, November 10, 2010


Anti-pink yang mungkin tidak anti lagi.

Huk2.adeh kenapa plak diri ini terbabit dengan sangat dahsat dengan 
warna ni sekarang??tolong,saya anti pink ok!

Selalu kutuk kawan saya yang amat fanatik ngan pink ni.
Yelah apa ke hal pink dari meja, pembalut buku(perempuan), pencil 
case,beg, baju, tudung kalau boleh segalanya lah dari hujung rambut
sampai kakilah.Macam nak boria pun ada.

Sekarang, entah taufan kirana mana pulak yang telah mengambil anti 
pink saya.Pulangkan balik,saya nak antibody itu.


Saya suka hijau bukan pink,plizz.

Sekarang pun dua-dua blog, blog baik dan blog tak berapa baik
( blog mengarut ni lah)  punya background pun sudah bertukar 
pink secara rasminya.Apa kes?

Adakah mereka2 yang fanatik ini telah mencuri anti-pink secara senyap2?

mereka itu..cik isna, cik athirah ariffin dan cik atikah.Peminats pink tegar.

Atau adakah saya makin menjadi ayu(kata2 orang yg kaitkan pink dengan ayu).
Saya tak.Memang tak.NO.Saya masih brutal ala-ala atok lagi sekarang.Adess.
Sila kembalikan antivirus pink itu!!saya amat tidak  perlukannya sekarang.

Nak warna hijau jugak!

Tadi baru beli air bandung warna pink.Pulak!


Tengah duk search pasal warna pink,jumpa ni.


siti maryam, kamu yang ambikkan antivirus tu,pulangkan!(gaya maya karin)


Apa kaitan pink ngan buli??

peminat pink sila jawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...