Showing posts with label :cerita semasa:. Show all posts
Showing posts with label :cerita semasa:. Show all posts

It' Over!

Sunday, February 20, 2011

Gembira sebab final exam sudah tamat!! 


tepat pukul 12 t/hari,19hb Feb 2011 di AX 101 ( sebelah AX 102,tempat talaqi kami) 
seat no.52,depan pintu masuk, pakai baju purple..kertas soalan dan eraser 
selalu terbang sebab nervous masa jawab,  hampir menangis masa duk jawab sebab 
tak dapat jawab soalan complicated pasal probability,aduih..




sedih sebab tak dapat buat sebaiknya tapi itulah yang terbaik saya dapat buat.
Sedih sebab ini mungkin semester akhir berada di cfs iium setelah 2 tahun.

woha!orang lain matrik setahun,hamba asasi dah macam nak buat diploma.
sampai kalau orang tanya duk kat mana sekarang,hamba sengih jawab


"masih di asasi makcik2,pakcik2,nenek2..."


Kawan2 sepersekolahan sudah masuk tahun 1 degree,saya masih duduk 
pilih kos nak ambik di maincampus kuantan bulan 9..
Kawan2 lain sudah  final exam tahun 1,saya baru selesai final exam asasi..


Unik-unik,sampai selalu saya pikir mesti ada hikmah ALLAH aturkan.kan?
saya lama di sini..2 tahun kot.mungkin sekejap di degree..tetiba  jadi genius!


ok,bermimpi lagi di siang hari.Tapi tak salah nak pasang angan tinggi-tinggi kan?


Itu sahaja setelah hampir seminggu tangan yang gatal menulis dibiarkan sahaja
gatal sebab exam mode..misi offline FB masa exam tak dapat dijayakan sebab
FB jadi teman rapat saya masa duk mengantuk buat exercise maths..hehehe

Doakan saya najah & dapat further degree dengan izinNYA.
Kalau ALLAH tak izin,duk di sini lagi la saya..doa2 kan ye,saya doakan kalian najah=)

Keep faith in HIM,He's knows the best.Ini masa untuk tawakal~

aku agak moody??

Tuesday, November 30, 2010

semalam ada meeting nak pilih komiti program..
aku tercalon dalam 1 post nih.adehh

1 hujah dia:

-agak moody.noktah

terus takde orang pilih aku(rasanya) sebab sume kena tutp mata la ms undi.
Ok,ak tak sedih pun sebab mmg tak nak jadi.

aku tanya teman sebelah yang turut mengundi:

mmg ety moody ke??
yess u're!

ahhhh..stressss!!

persoalannya: memang aku ni moody ke??

adeeh,tak sedar la plak.Kena wat muhasabah balik ni.
Setahu aku sal diri aku, takde la moody sgt tapi agak sensitif kot

huhu tak sama eh?? sensitif ngn moody??
jawab2

maybe orang mudah nampak aku stress kalau tertekan ngn keje,
mudah sgt nak tarik muka 14 kalau keje xmenjadi di pandangan mata
mudah berkerut-kerut kalau ada masalah menimpa..waahhh

mudah menangis kalau kena marah tak tentu hala.Mudah tension la
senang kata.Kalau dah datang tension,baik jgn tegur sebab aku da
bukan jadi diri aku.Masam mengalahkan asam boi.

OK betul kot aku mudah moody..

So,konklusinya jgn pilih aku kalau rasa aku ni akan tension ngn keje tuh
tapi kan, mmg semua org ni ada moody nya bagi aku, cuma atas
kepandaian mereka pandai sorok ke tak muka masa stress tu.

aku maybe dalam golongan ter'express' lebih muka tyme tu tanpa sedar
ahhh, kesian kat orang tengok aku macam ni

sebab ada orang yang cakap aku akan jadi bukan diri aku kalau keje
dah tertekan sangat.Tak sempat nak ceriakan dan tersenyum kat kawan2.

aku ni anak k3 so, jiwa sebagai seorang yang jadi org tengah dalam
kawal adik2 yang nakal agak menyumbang kpd keseriusan dan moody ak.

pandangan aku, xtaw orang lain macam mana.Hmm

jom zikir2 biar tenang selalu.PEACE!

siapa2 yang rasa2 nak bagi kritikan sila2 la yer.saya cuba nk berubah ni :)
kamu yang nampak sy ms sy stress k ceria,so sgt2 hendak taw..

cerita 2

Wednesday, November 3, 2010

Tak taw nak letak tajuk apa untuk entry sejak akhir-akhir ni.

Semalam masuk kelas pertama Maths2 dengan jayanya

Untuk pengetahuan, aku sorang je budak Bio-Science dalam kelas tuh.'Tak segan langsung'!
Lain-lain adalah mereka-mereka yang bakal bekerja kat hospital 5 tahun lagi.Aku keje kat mana??
Merekalah budak medic,denstist,phamacy,nursing,sains kesihatan bersekutu(allied).

Again aku rasa kenaling sangat.Apalah sangat tahap aku dengan bakal2 ini semua??

Tapi Madam macam taw2 je kecuakan aku.Sedang duk belajar angle bla2, Madam
bagi nasihat la sket kat student dia yang comel2 dan cool2 ni:

"you all sume budak bagus2 jangan leka.dan yang tak berapa, jangan rasa rendah diri.
Mula sekarang.InsyaAllah positive enviroment ni bagus untuk belajar"

Begitulah lebih kurang.Aku terasa yang part belakang tuh.Sedar diri ini bagaimana.

Ok,saya akan belajar minat Maths walau dah lama cuba minat!!wohaa

Ok.saya akan ada quiz 1 minggu depan!

Ok.saya belum buat tutor lagi.macam mana nak jawab quiz ni izzati??

Sila buat sekarang ye :) Aik, mana tutor??opps belum amik lagi ngan madam.

Again,aku macam nak ketuk kepala ni yang suka memerap dalam bilik.Dush2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...