tanggungjawab menuntut meng'awal'kan diri

Sunday, May 16, 2010

assalamualaikum
apa yang aku telah buat??
aduyai, plan nak abeskan buku fiqh sirah 1 utk cuti smnggu ni
tp xkesampaian disebabkan sibuk
sibuk??
sibok duk belek2 fb, blog2 n segala bagai di tenet
aduh2 terasa diri ni lalai sgt
tp ada ssuatu yg ak dpt dr sesi jelajah blog2 org ni
sbb aku xpndai nk tulis,so bc yg org tulis
mmg baek pnya tulisan mereka!
jom sharing sme2

1)
satu pencerahan
"Hilmi, bukan ke awak pon ada facebook?"




saya tersenyum seraya membalas mesej tersebut.
Kedengaran seoalah-olah memiliki facebook itu adalah sesuatu yang salah. mungkin sesetengah orang kurang faham. Dalam montaj video tersebut, tiada satu pun perkataan saya yang mengharamkan facebook. Begitu juga dengan bola. Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah begitu ramai orang yang mementingkan facebook daripada solat diawal waktu, begitu ramai orang lebih banyak menghabiskan masa bermain game2, menjawab quiz2 di facebook berbanding menghadap, membaca dan mentaddabur Al-Quran. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan orang lebih-lebih lagi kawan-kawan disekeliling saya lebih leka bermain facebook sehinggakan nak habis waktu solat, barulah terkocoh-kocoh, mematuk-matuk tikar solat mengejar waktu yang hampir habis, sehinggakan terkadang azan waktu yang lain sudah kedengaran tetapi 'mereka' ini masih dalam solat waktu sebelumnya

2)
celak




Adakah tetap di kira sunnah jika mereka memakai celak kerana ingin menunjuk-nunjuk???

Jawapan.
Salam,






1- Melaksanakan sunnah, tidak disebut sebagai menunjuk-nunjuk, kerana ganjaran pembalasannya adalah berkait dengan hati. Innama l-a`malu binniyyat, Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niat








2- Sebahagian ajaran Islam memang perlu ditunjuk, dan itulah yang dinamakan syi`ar.
                                                                   

                                                                      3- Renungan:






a) Bolehkah memakai celak tetapi tidak kelihatan?

b) Bolehkah berazan tetapi malu atau takut mengganggu orang?

c) Bolehkah membaca Al-Qur'an tetapi tidak didengar orang? (Baca dalam hati?)

d) Bolehkah pergi ke masjid, tetapi orang tidak nampak berjalan ke masjid?

4. Syari`at Islam adalah untuk disiarkan, ditunjukkan dan disebarluaskan.

5. NOTA: Riya', sengaja menunjuk-nunjuk, dan takabbur adalah antara perkara yang menyebabkan amal menjadi sia-sia. 

p/s:pakai masa tidur amik sunnah Nabi saw

3)
Kecelakaan zina

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”


Riwayat al-Bazzar
Huraian
i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.
iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.

iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat. v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak

sekian, smoga bmanfaat utk kita

esok daku perlu balik ke bumi uia
berkhidmat sbg slh sorg komiti Ta'aruf Week Intake 2010/2011
smoga ALLAH mempemudahkan urusan sy dan shabat2 yg laen

~salam sayang krn ALLAH~
ja ne insyaALLAH


0 penenang jiwa:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...