Kisah M3

Saturday, October 23, 2010

mode:sedang baca blog mR.K.entah sape dia tapi blog dia ok dan lucu(ye ke??)

esok malam aku akan membawa diri..me'lari'kan diri dari rumah tanpa rela
sebab esok dah kena naik bus balik kampus..aduhh..kalau tak nak pegi boleh tak??

3 minggu bercuti dengan jayanya sebagai kakak kepada 3 hero kecilku:

jadi "cikgu" tanpa gaji secara sukarela mengajar maths adik darjah 4
teringat dulu-dulu, aku ni memang paling tak suka subjek math..entah kenapa??
sapa ada cadangan biar suka matematik ni sila bagitahu ya..

tapi sebagai kakak, aku tak naklah adik aku pun jadi sama spesies ngan aku ni.ajar la jugak
dia.Walau aku nampak memang dia tak berapa suka aku ajar.hehe aku ni 'beckham' kot.

bakal rindu 'anak didik' ini
sangat banyak cakap!
KISAH ANTI MATHS:

Dahulu kala.aku sangat la tak suka maths.entah kenapa dan kenapa masih tiada jawapan.
Pernah tangan ini di'belai' halus oleh cikgu sebab tak paham-paham apa dia ajar.Aku dah
mula titik eye mo kat mata.adeh..dan yang paling ingat sampai sekarang masa darjah 6
keno rotan sebab dapat B math.Orang lain semua dapat A.malu..kali pertama kena rotan
dalam hidup.Asbab dari maths.tapi alhamdulillah UPSR aku dapat naik stage sebab result OK

Trauma terus menghantui sampai masuk secondary school dan setiap kali exam aku pasti
akan menangis bila tengok result maths.Sampai kawan-kawan hanya mampu tengok dan
tepuk belakang.Mereka semua sentiasa setia.Aku siap ada set latihan spesel yang baik
punyasebab cikgu maths tu sayang kat aku.Aku pun sayang cikgu sebab akhirnya PMR
dan SPM ok!Terima kasih cikgu-cikgu sekalian.

Ini mungkin juga sebab Allah takdirkan aku tak diterima jadi cikgu masa temuduga maktab
dulu..ada hikmah.Allah tahu aku sesuai dengan profesion lain.tapi apa ya??

Nampaknya macam aku tak berapa sesuai duk dalam science stream ni.sebab maths ni tak
boleh takde punya.Apa kata jadi ustazah je?hehe..merenung panjang.

Dan yang sedih sampai sekarang,aku masih rasa  ingin menjauh dari subjek ini namun
sebetulnya bermula minggu depan aku akan berdepan dengan maths yang akan buat aku kemek.TIDAK!!

Dan hakikatnya.aku berada di science stream sekarang.moga ini aturanNya yang terbaik.

Ya ALLAH, Kau tahu hambaMU ini lemah,maka Kau kuatkan dan permudahkanlah,ameen.

TOLONG DOAKAN SAYA.MOHON DENGAN SANGAT!

2 penenang jiwa:

Athirah I. said...

Along, setakat ni xdop plk timbul kes ade orang jadi kemek sebab blaja maths. Hahah

Izzati Nur said...

along yg akan bwt sejarah tu iS
huhu best k kimia??
tibe2 tnya..hu3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...