edisi Siasat

Thursday, November 4, 2010


Semasa tengah tunggu  Madam Maths masuk tadi.Aku jalankan misi tengok
ciptaan alam.Tengok sana sini dan sinu.Tapi masih dalam keadaan terkawal la kan :)

Ok.ini hasil siastan pemerhatian tadi:

Brothers lebih suka lepak kat luar kelas sebelum lecturer masuk.Selagi lec tak start,
mereka meneruskan kerja-kerja murni merapatkan ukhuwah dengan classmate mereka.

Sisters lebih suka duduk dalam kelas.Belek-belek buku sambil duk cerita-ceriti
pasal hal masing-masing.Revise apa yang belajar sebelumnya dengan khusyuk 
sekali.Bercakap hanya dengan orang yang mereka kenal.

Aku.Suka tengok-tengok orang sambil duk berkhayal tentang masa depan.
Bercakap dengan sesiapa pun walau tak kenal.Aku suka bina per'kawan'an.
Revise apa yang rasa nak revise.

Selesai menyiasat



cerita 2

Wednesday, November 3, 2010

Tak taw nak letak tajuk apa untuk entry sejak akhir-akhir ni.

Semalam masuk kelas pertama Maths2 dengan jayanya

Untuk pengetahuan, aku sorang je budak Bio-Science dalam kelas tuh.'Tak segan langsung'!
Lain-lain adalah mereka-mereka yang bakal bekerja kat hospital 5 tahun lagi.Aku keje kat mana??
Merekalah budak medic,denstist,phamacy,nursing,sains kesihatan bersekutu(allied).

Again aku rasa kenaling sangat.Apalah sangat tahap aku dengan bakal2 ini semua??

Tapi Madam macam taw2 je kecuakan aku.Sedang duk belajar angle bla2, Madam
bagi nasihat la sket kat student dia yang comel2 dan cool2 ni:

"you all sume budak bagus2 jangan leka.dan yang tak berapa, jangan rasa rendah diri.
Mula sekarang.InsyaAllah positive enviroment ni bagus untuk belajar"

Begitulah lebih kurang.Aku terasa yang part belakang tuh.Sedar diri ini bagaimana.

Ok,saya akan belajar minat Maths walau dah lama cuba minat!!wohaa

Ok.saya akan ada quiz 1 minggu depan!

Ok.saya belum buat tutor lagi.macam mana nak jawab quiz ni izzati??

Sila buat sekarang ye :) Aik, mana tutor??opps belum amik lagi ngan madam.

Again,aku macam nak ketuk kepala ni yang suka memerap dalam bilik.Dush2

cerita 1

Tuesday, November 2, 2010

boring.agak boring


sebab masuk hari ke tujuh atau lapan ni class takde lagi(bajet suka masuk class)
yess,im quite not interested to maths subject tapi rindu plak rasa nak belajar
dush2x..ni Allah nak kasi aku ajaran jangan nak komen banyak-banyak
nati kamu jugak yang rindu nak blaja maths tuh..


skang keje ari2 ni bangun subuh, belek-belek paper online, nak jadi mahasiswi
yang bukan katak bawah tempurung la kan..then blogwalking ke blog ini,di sini
dan ini..dan jugak beberapa besties aku isna, afifaa dan athirah dan kuncu2 uia


yang wajib belek mukabuku (facebook)!!


malam-malam jadi kunang-kunang mendengar dan mencari idea2 daripada
adik-beradik uia.bekal untuk kuat di jalanan yang panjang.


skang gak baru perasan betapa banyak blog yang duk cerita sal cintan-cintun
hu2 aku baca je..bekal jugak ni nak cari calon soleh.aku tak cerita.tak.


tapi betullah yang keje nak nikah kawin bukan bleh wat maen-maen macam
maen bola kat padang.banyak benda kena fikir even memang la kawen awal ni
bleh elak dari buat perkara yang tak elok.kalu dan mampu silakan dengan tafadhal
tapi kalau rasa belum mampu pikul gelaran sang isteri mahupun sang suami soleh
dan solehah, jom kita puasa!!Nabi dah ajar cara kepada kita sejak dulu lagi.


Pegi majlis ilmu, sibukkan dengan keje sosial yang memberi kepada masyarakat.
Mantapkan ukhuwah dengan sahabat-sahabat dan banyak lagi lah.


Ilmu nak masuk alam yang serba mencabar kena ada banyak-banyak sebelum
bleh nak ketuk pintu nak bina masjid yang mawaddah wa rahmah.


aishh,kenapa aku tercakap sal ni gak??


ok.da hilang sedikit boring.alhamdulillah


notahati: dah beli tiket balik bumi tanah tumpah darah utk sembelih lembu korban
lembu.tunggu saya datang dulu yer :)

Red Warriors Juara

Sunday, October 31, 2010


pagi ini terus usha paper online

nak sambung tidur pun tak jadi
nak beli paper yg kertas kelabu takde duit,elaun tak masuk lagi,hehe
Meriah je paper dengan warna merah putih.I LIKE!


kempunan sebab tak tengok semalam
tengok kemeriahan gambar pun jadilah :)



NST online
BH online
Kosmo online
Semalam, ditegur adik di chatbox.

Kelantan menang 2-1!!

benarkah??terasa ingin melompat di depan kawan-kawan yang lain yg sedang meeting.
Control izzati, kamu tuh tengah meeting.

hehe ALHAMDULILLAH, wira merah akhirnya berjaya rampas piala tuh.

Utusan Malaysia Online


Terima kasih MB Kelantan sebab bagi cuti umum sempena kemenangan Kelantan
ini makin sayang dekat TGNI !!
(walau saya hanya cuti hujung minggu di KL ini)

Tahniah The Red Warriors!!
Kalian telah mencipta sejarah

hehe..puas ati dapat update tentang ini :)

no title

Saturday, October 30, 2010

ya ALLAH, jagalah hatiku dan fikiranku dari dosa dan maksiat

aku takut dengan azabMu yang pedih ya ALLAH
ampunkan segala dosa hamba yang lemah dan penuh dosa ini T_T

tangan terketar-tekar, fikiran kacau.Doakan saya tenang jerk.

buku cinta

Friday, October 29, 2010

mode:aku terima nikahnya 2 by ustaz hasrizal

akhir-akhir ni banyak buku pilihan tentang cinta.duk isi masa lapang hujung minggu

tahajud cinta,murabbi cinta,bercinta sampai ke syurga,solusi:isu cinta,ketika cinta berbuah syurga

buku mc'yam bagi

alamak.apsal ni cik izzati??

kamu ingin mula bercintakah? sudah bersedia ? tahan kamu dengan ujian di jalan cinta ?

memetik kata dari buku solusi edisi cinta:

"jika kamu rasa gentar dan bimbang menghadap kematian, kamu belum benar-benar bercinta
dengan-NYA sebab mati adalah masa yang sebenar kita akan bertemu dengan cinta hakiki"

ohh tidakk!!

bagaimana ni??

jom bercinta dengan yang Maha Esa supaya nanti kalau dah dapat cinta Allah insyaALLAH
kita akan dapat kasih- sayang makhluk di langit dan juga di bumi..hah, apa lagi jom!!

so kalau nak dapat cinta di bumi kan(siapa ya?) kena raih cinta Dia dulu supaya senang dunia
dan akhirat..

p/s:rasa nak makan mee cinta(n)  sambil dengar lagu ayat-ayat cinta je :)


saya cinta kamu <3sahabat aE's!

Wednesday, October 27, 2010

Baru dapat khabar dari abah.

Nenek perlu cuci darah melalui peha pula setelah rawatan sebelumnya melalui tangan
tak dapat berfungsi..dugaan buat nenek.moga dipermudahkan.

Semoga nenek diberi kesembuhan dan semuanya baik-baik belaka di sana.

Syafakillah ya ALLAH..ameen

Masih pening duk pikir satu masalah ni,moga ALLAH beri petunjuk.Saya sayang dia kerana Allah!

i'm here uia!

Tuesday, October 26, 2010

mode:sampai kampus

cerita dari Bus Trans:

setelah tunggu bus dengan kurang sabar sebab lewat sejampukul 11 jadi 0000.masih
dapatsenyum memanjang sebab dapat tengok kelantan vs kedah kat astro stesen tuh..

yang kelakar dan kagum dgn semangat penyokong the red warriors, ada 3 brothers ni sanggup
balik kelantan jap untuk beri sokongan kat qlate..(ni tengok pada beg galas shj yg dibawa naik
busdengan pakai baju jersi kelantan selepas kelantan menang,hu3) dan sepanjang nak menuju
ke kok lanas, jalan raya jemmed sket dengan kereta segala bagai yang baru keluar stadium dan
berpakaian merah putih.restoran tengah malam pulak penuh dengan mereka.mungkin meraikan
kemenangan ke final 29 sept ni.memang semangat sungguh!

setelah kuar daerah Gua Musang( duk sibuk ngn PRK dengar khabarnya), bus wat hal plak.
temperature bus naik ke boiling pointnya..stuck 2 jam..ok fine.sambung tidur.zzz

dalam perjalanan, tengok ada bus terbalik..terkesima sebab first time tengok depan mata.
Mungkin Allah nak tunjuk pada aku, biar lambat asal selamat sebab sebelum ni dalam hati
duk berharap cepat sampai sebab ada keje perlu selesai.malang tidak berbau.dan dapat mesej
tu bus adalah antara student uia nilai yang nak balik kampus mereka.moga mereka tabah.

bus buat hal kali kedua..kipas enjin pulak bus rosak.stuck di Lipis dari pkul 5am-9am.sabar2!
alih-alih, ada bus lain yang sudi angkut kami ke KL.alhamdulillah :)

moral: kita merancang ingin cepat, ALLAH juga merancang agar kita selamat,
ingatlah perancangan Allah itu yang terbaik.PEACE!

Kisah M3

Saturday, October 23, 2010

mode:sedang baca blog mR.K.entah sape dia tapi blog dia ok dan lucu(ye ke??)

esok malam aku akan membawa diri..me'lari'kan diri dari rumah tanpa rela
sebab esok dah kena naik bus balik kampus..aduhh..kalau tak nak pegi boleh tak??

3 minggu bercuti dengan jayanya sebagai kakak kepada 3 hero kecilku:

jadi "cikgu" tanpa gaji secara sukarela mengajar maths adik darjah 4
teringat dulu-dulu, aku ni memang paling tak suka subjek math..entah kenapa??
sapa ada cadangan biar suka matematik ni sila bagitahu ya..

tapi sebagai kakak, aku tak naklah adik aku pun jadi sama spesies ngan aku ni.ajar la jugak
dia.Walau aku nampak memang dia tak berapa suka aku ajar.hehe aku ni 'beckham' kot.

bakal rindu 'anak didik' ini
sangat banyak cakap!
KISAH ANTI MATHS:

Dahulu kala.aku sangat la tak suka maths.entah kenapa dan kenapa masih tiada jawapan.
Pernah tangan ini di'belai' halus oleh cikgu sebab tak paham-paham apa dia ajar.Aku dah
mula titik eye mo kat mata.adeh..dan yang paling ingat sampai sekarang masa darjah 6
keno rotan sebab dapat B math.Orang lain semua dapat A.malu..kali pertama kena rotan
dalam hidup.Asbab dari maths.tapi alhamdulillah UPSR aku dapat naik stage sebab result OK

Trauma terus menghantui sampai masuk secondary school dan setiap kali exam aku pasti
akan menangis bila tengok result maths.Sampai kawan-kawan hanya mampu tengok dan
tepuk belakang.Mereka semua sentiasa setia.Aku siap ada set latihan spesel yang baik
punyasebab cikgu maths tu sayang kat aku.Aku pun sayang cikgu sebab akhirnya PMR
dan SPM ok!Terima kasih cikgu-cikgu sekalian.

Ini mungkin juga sebab Allah takdirkan aku tak diterima jadi cikgu masa temuduga maktab
dulu..ada hikmah.Allah tahu aku sesuai dengan profesion lain.tapi apa ya??

Nampaknya macam aku tak berapa sesuai duk dalam science stream ni.sebab maths ni tak
boleh takde punya.Apa kata jadi ustazah je?hehe..merenung panjang.

Dan yang sedih sampai sekarang,aku masih rasa  ingin menjauh dari subjek ini namun
sebetulnya bermula minggu depan aku akan berdepan dengan maths yang akan buat aku kemek.TIDAK!!

Dan hakikatnya.aku berada di science stream sekarang.moga ini aturanNya yang terbaik.

Ya ALLAH, Kau tahu hambaMU ini lemah,maka Kau kuatkan dan permudahkanlah,ameen.

TOLONG DOAKAN SAYA.MOHON DENGAN SANGAT!

20102010

Wednesday, October 20, 2010

salam alayk

aiseh,cam best je tarikh ni
20102010


dah xjmpe nati sampi bila2
alhamdulillah Allah panjangkan umuq kita
peningkatan umur bertambah tanggungjawab


tapi best lagi tarikh Islam kan?
10rejab..Maulid Nabi k..syawal..10zulhijjah
awal Muharram..Nisfu Syaaban..

ada gak meaningnya sambil igt kembali peristiwa 
di sebalik setiap tarikh..yezza~

and..uia pun mmg pandai pilih tarikh ni
adeess..result  akan kuar kul 5 petang ni!
ku sungguh berdebar sbb taw camne ak wat masa exam..huk2



"..ya ALLAH ku mohon segalanya baik2 shj
untukku dan teman2 yg amik exam same2
kami mahu najah ya ALLAH.."


gud luck all!


Murabbi Cinta

Saturday, October 16, 2010

hampir sebulan blog terabai, kesian cik blog
dek kesibukan final exam dan juga sambug raya hehe
sebut exam, terpikir bagaimanakah resultnya??
ohh,moga Allah hadiahkan najah kpd hamba ini

tiga minggu bercuti,1+1setengah buku abes dibaca
hee.terget nak abeskan 2 buah.kira ok la kan
ada seminggu baki lagi.sempat kot
Murabbi Cinta by Saifulislam(sudah abis)
Tahajjud Cinta by Ustaz M.El-Natsir(on the way)

ohh.kedua-duanya cinta
kerana diri sedang mencari resipi cinta yg best!
kalau makanan kita mesti nak resipi yang best
tambah gula,garam biar cukup rasa
apakan lagi bila bicara tentang cinta
pasti ingin yg terbaik!

alhamdulillah jatuh cinta dgn buku Murabbi Cinta
banyak ibrah hamba sempat cari+gali+jumpa
hamba sedar Murabbi Cinta hamba dan juga kamu
sebenarnya adalah Rasululllah saw.
buku ini sesuai untuk yang bakal dan sudah berkahwin ye
setiap topik ustaz hasrizal ulas dengan begitu cantik sekali
dari cara  mendidik anak,konflik remaja sebelum nikah.,
ukhuwah persahabatan dan diakhiri penutup dengan sirah tentang cinta

benar,kadang diri ini lemas dalam dunia remaja
yang penuh dengan bunga-bunga cinta itu
namun usahalah mencari cinta hakiki pasti jadi kenangan terindah
(2 tajuk lagu di sini,tuin3x)


-suka cover buku ni-

moga ku dapat cinta nan abadi itu
ya Allah berilah aku cinta kepadaMU,RasulMu dan orang3 yg cintakanMU

dan rinduku pada Rasulullah saw yg sentiasa merindui umatnya

memandangkan tahajjud cinta tak khatam lagi
xbleh nak ulas panjang la.target esok,hee

sehingga bertemu lagi.chio

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...