Jika Kau Fikir Kau Boleh Siapkan.

Wednesday, January 26, 2011

[mode:2 tutorial perlu siap dalam hujung minggu]

lagu latar:kembara ilmu by ??(psst,sila dengar sebab memang best)

Ok.guna tajuk macam nak berperang melawan musuh je.
Padahal kena buat 2 tutor je.Adehh

Tapi musuh malas dan suka tidur perlu diperangi.Ohh Tuhan.
Dan paling tak berapa syok ia adalah tuto Maths.Oh tidakkk.

Saya amat suka matematik.Saya kena rotan masa sekolah dulu
pun sebab Maths,ia sangat best,mencabar minda dan sewaktunya

Banyak kenangan dengan subjek ini sepanjang masuk sekolah hingga
sekarang.Antara pencabar hidup saya sebenarnya.Mencabar diri
buat sesuatu yang tak berapa nak mahir dan minat.

Sangat mencabar!!Benar,bagi saya yang kureng sket ni =P

Ok,itu sahaja.Sebab tutor dah jeles sebab saya duk hadap laptop ni.

Jika kau fikir kau boleh,kau pasti boleh buat,dan jika kamu tak tahu
nak buat sila jangan tidur atau tukar mode kepada novel 1511 KOMBAT
walau sekarang part tengah nak perang.Pergi jalan-jalan,jogging dan
exercise tanya orang.

Anak usrah dah tegur,'k.ety gemuk sket loni'.Ya,saya suka makan :)

Kena buat kesah juga

Tuesday, January 25, 2011

Ada saya kesah?


Ni kes sebab dah tak nak dengar orang laen kata.Dia je yang betul selalu.
Walau sebenar side dia ada salah tapi nak jugak dia betul.Aduhh.

Dalam hidup bermasyarakat[ayat macam nak buat karangan BM] prinsip
ni kena elaklah yer semua.Sebab kita hidup ramai-ramai atas bumi Tuhan.

Orang tegur kita sebab kita tak nampak salah kita mungkin.
Sahabat kan cermin pada sahabatnya yang lain.Dia sayang kita,tu yang tegur.
Kalau dah rasa diri betul,perbetulkan apa yang disalahkan oleh mereka.

Tapi dengan syarat, jangan duk pertahan awak betul sebab nak awak menang.
Aish. itu enggak bisa dan enggak enak.Keruh nanti jadinya.

Bak kata pepatah Melayu:

air yang tenang jangan disangka tiada ikan josh didalamnya.
erk..jangan ditegakkan benang yang basah..belajar terima kesalahan diri kita.
untuk improve kepada yang lebih baik gitu.Umat Islam harus lebih baik dari semalam

Maka,saling berlapang dadalah antara kita.Lapang selapang-lapang padang bola.
Tak soh duk gaduh-gaduh lah.Tua dah semua.Jom2 become profesional yer :)

mari berbaik-BAIK~

Bangkitlah!!

Thursday, January 13, 2011

Rasa nak balik rumah jugak,macam athirah.Dia mahu pulang hujung

minggu.Jumpa umi,abah dan keluarganya.Recharge semangat.

Entah kenapa,rasa sesuatu tak kena pada diri.Nak belajar rasa
xde mood,nak update blog,rasa takde idea.nak balas mesej
pun ala kadar sahaja.Ya ALLAH,kenapa wahai diri??

Aku tak boleh begini.Jangan lemah dan mengalah.
Perjalanan masih panjang wahai diri~

Nak menangis boleh,tapi jangan sampaikan abaikan gerak kerja
Nak malas,memang tak boleh,kamu kena berjaya,ni sem akhir!!

Banyak sudah pengalaman lalu tunjukkan dan ajarkan sesuatu padamu
maka kamu tak nak belajar dari pengalamankah??

Bangkit wahai diri,banyak tugas harus digalas!Banyak kerja
harus diselesai.Kamu bukan orang biasa,kamu sudah menempah
tiket perjuangan ini,lalu jangan sia-siakan tiket dari ALLAH itu.

BANGKITLAH WAHAI MUJAHID SETIA!!

notabawah:moga hujung minggu ini dapat mengubat resah jiwa dengan
tasyjik dari sahabat dan kerabat setarbiyyah~

Selamat Hari Lahir Umi

Sunday, January 9, 2011

Maaf atas keterlambatan mencoret sesuatu kepada insan iistimewa di hati saya ini.

lewat 2 hari,sepatutnya 07 JANUARI 2011.adee

Sayang sangat-sangat,sebab umi sangat hebat dan terhangat
Alhamdulillah,terima kasih ya ALLAH.

Terima kasih atas segala kasih sayang,understanding,supportive,funny,
preety-preety wow umi buat saya dan adek-beradik.



Umi memang THE PERGHH!!

May ALLAH bless umi always, dimurahkan rezeki sokmo dan sehat selalu di bawah
lindunganNYA,dipanjangkan umur dalam kebaikan dan ibadah :)

sangat CINTA dan CINTA kamu UMI!!!

sorry,i'm not a good daughter but im trying to be da 1 :) doakan anakmu ini

HAPPAY BIRTHDAY 48th to our superb umi.we LOVE U !!!

Menuju Kedewasaan 01012011

Tuesday, January 4, 2011

Oh diri.Kamu telah menuju arah dewasa itu.


Tua sudah.20 tahun.Maka harus lebih 'matured' dari sebelumnya.
Harus lebih tenang dan cool jalani hidup sebab semakin banyak
ujian perlu ditempuh dan perlu berani mencabar diri!


Di hari lahir 20ku juga,dibuli WAKENABEB oleh sahabat2 sekepala.
Disorok enset baru sampai ke petang dan ku tercari-cari bagai
kucing hilang anak.Tahniah,memang korang terbaik!!


Selamat hari lahir juga kepada sahabat tersayang.Faiezah @ Ayong
yang berkongsi tarikh lahir sama..moga Allah merahmati kita semua :)






Kami agak berkongsi sikap dan cara yang hampir sama.
tapi dia lebih bijak dari saya.Ini memang tak boleh nafikan.


Juga selaut terima kasih untuk yang sudi wish happy birthday through
'sms'ing,calling,facebooking.Semoga segala doa itu juga berbalik
kepada kalian :)


Azam baru.Refresh azam baru.Apa macam??


p/s:enset baru sudah xbleh trima sms,message corrupt.adeh.Sapa nak
sedekah enset kpd saya.sangat dialukan :)

ok.buat yang baru.

Monday, December 27, 2010

alkisah pulang ke daerah cinta

trun dari transport itu,,ttibe rasa nak cek purse..'eh dimanakah?"

cek2 tiada..dalam beg xde..trus pegi tengok kat tempat turun tadi.hampa.

ahh..di mana kamu wahai purse??

ok.setelah cuba mencari segenap ceruk di stesen kb smbil buat muka cool
walau sebenar gelabah tahap gaban,,namun harus terima hakikat

purse kesayangan itu telah tiada bsama isinya i/c,mtrix kad,kad bank!

tak kesah sebenarnya tapi yang sedih kad matrix uia ku telah hilang.
bermakna kena buat baru.kena bayar denda,kena soal-jwab dengan pak gad
kena amik gambar baru..ahh xsuka..sebab kad matrix tu gamba yg punya nilai.,

nilai estetika tika baru jejak matrix pj dengan tudung minggu taaruf..
dahla gambar muka tu ok.tu yg penting!

dan sekarang,harus senyap2 dalam rumah sebab kalau nak merayau tanpa i/c
tak ke cari keje nk berjawab ngn pak cik polis pula..oh tidak

saya bukan pendatang tanpa izin pak cik polis..saya akan buat baru nanti
(hehe best gak dpat tukar i/c yang dari darjah 6 itu.hihik)

fakus kpd yg bwarna merah itu
ahh keychain itu sy syg~
dan sekarang saya masih berharap ia akan ada blik dengan izinNYA,,
ya ALLAH aku masih berharap padaMU spy dijumpakan balik purse  itu :(

dan alhamdulillah abah tak bising sgt tentang kehilangan itu,
ya ALLAH,Kau amat tahu kan apa yang aku katakan dan kerjakan :)

dalam sedih masih ada senyuman terukir...

GiveAway,,nah!!!!

Wednesday, December 22, 2010

blogdrifting..jeng2 jumpa giveaway dr blog ini..1st time rasa nk join

makanya saya pun tengok2 la apa kebendanya..memandangkan
blog ini agak bebas dr sebarang aturan,saya rasa nak join jugak

mahu join jugak??? nah ini syarat2 dia.tak susah,senang je :)

sesuai untuk semua peringkat umur terutama kepada adik2 manis perempuan


1. jadi followers

saya dah :)

2. sebarkan tentang giveaway ni dalam blog (copy paste pic kat bawah)


3. sila komen dan masukkan link

jangan tak komen yer!

due date : sehingga followers ke-50

skrg cik puan atika punya followers cecah 26 orang
hah.sudah separuh,tunggu apa lagi,cepat2!!

more information: klik here

dan hadiah dia mmg sesuai utk perempuan2 :
nak join..sila2, senang je pun..

jeng2..




so..do it now!!! 

ketuk pintu masuk rumah orang

Friday, December 17, 2010

salam readers :) (bajet ada yang baca )

hari ini saya nak story sumthing dat yang tak best pun

saya kena SAMAN!!!

dahulukala, saya rasa sayalah budak paling skema kat sekolah
kalu tak paling skema pun,agak skema la jugak..
orang ajak outing tanpa kebenaran,saya kata kita kena surat
kalau ada yang bawak seludup enset(kesah lama,..huhu)
saya slow talk dgn mereka,kalau blaa 2x

betul tak afifaa,amirah, athirah??

tapi for the first tyme kena sama dengan uia nih, pedih2
sebab bakal mengeluarkan sejumlah wang nanti,TIDAKK

ceritanya tadi,saya pegi amik overnite kad untuk cuti krimas nati..
my mahallah's fellow tanya..

'kamu dah register mahallah tak?"
dengan naif terus jawab.."tak, saya tak igt madam"

"nampaknya awak kena samanlah, kita msuk rumah orang kna
bagi salam kan, xleh masuk senyap2 je"

kenapa aku terlalu bendul bagitahu aku belum daftar yang sepatutnya
telah dibuat 2bulan yang lalu..aku telah berlaku jujur di sini,xpe2

nah ini dia surat saman uia,jarang orang dapat nih

hanya orang terpilih je dapat =P
ok,sekarang tengah tunggu prinsipal mahallah approve borang rayuan
spy kurangkan saman..rm50 beb,byk tuh..mntak2 dapat,ameen.sama2 doa :)

Jalan-jalan

Sunday, December 12, 2010


alhamdulillah, saya sempat mengadakan masa untuk bersama keluarga saya hujung
 minggu iniwalau ada tugas yang masih belum selesai, 
masa bersama keluarga harus diutamakan
agar mereka tak terasa hati dengan kita..

jumaat,11/12/10

berjanji dengan adik hero,najib
jumpa kat monorel sbab kakak dia ni tak pandai
arap je duk kl hampir 2 tahun tapi masih sesat jalan.adeh

destinasi kami ke chow kit

petang lepas makan nasik yang mahal,yela rm4.50 satu bungkus
beza dengan uia yang rm2.50 je sebungkus

aku,k.ina dan najib headed to lowyat(err,betul ke eja?)
dan umi,abah,adik2 dan abang headed to rumah sedare kat serdang
hoho nak pi beli enset baru kat saya

mujur jalan2 dengan najib,pandai dia tawar-menawar
aku tak kesah jenis apa asalkan sony ericson dan slide
(demand tinggi,hehe)
dan  akhirnya stelah berkenan dengar kaler ia
hijau+putih,
aku rembat W100i!!

teruja sebab dapat warna kesukaan!!
lepas tu najib terus balik ke DQ sebab dia ada match bola
tenkiu adikku butak,jalan baik2

dan saya dan kakak terus bergegas ke destinasi kedua
times square..

kakak yang gila TVSQ, Jaejoong oppa terus ke kedai stars collection
adehh, gila benar kakakku ini..aku dgn baik hati belanja 1 poster kat dia
dan again aku rembat beberapa stuff yang berkenan
ahh aliran wang sungguh laju,tolong2

dan malamnya bajet nak study tapi hampeh setengah jam je terus stado

dan hari ini mereka menghantar saya ke uia
tak yah merebut naek monorel dan bas,yeah

sayang semua!!

Jalan-jalan beli Buku

Tuesday, December 7, 2010


seperti biasa bumi cfs mmg meriah dengan
events.lepas satu terus disusuli yang lain
dahulu Raudhah Festivel(Rafest)
sekarang FESTIVEN anjuran students engineering
membuatkan poket sentiasa kering hehe
godaan makanan dan buku yang memikat jiwa :)

dan tadi saya bersama najwa telah menerjah
gerai buku yang ada sale 10%
berbaloi-baloi dan saya mencari-cari hampir 1/2 jam
susah nak wat pilihan kalu dah banyak depan mata
adeeehh..tapi saya akhirnya
memilih 4 buku sahaja..


Negeri 5 Menara : 
terliur sebab duk tgok k.khai promote kat status ym dan fb
cam best je sebab dia cerita nyata yang dinovelkan

Solusi,mujahadah melawan nafsu:
 memang setiap muka tak rugi,berisi sungguh..sila beli ye

Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah:
 ahh saya pun nak jadi wnita solehah gak :)

diari muslimah 2011: 
bukan utk saya,mahu diberi kpd kakak kesayangan sempena besday k 22th

DONE!!

tapi sekarang kena simpan kemas-kemas dulu sebab
exam midsem is around the corner dan saya belum prepare apa2

jeles tengok roomate tengan study sekarang
so doakan kerajinan saya jugak ye :)

mula merindui mereka

Wednesday, December 1, 2010

tidak lain ialah ialah family saya!


mereka mempunyai tempat dan bahagian spesel dalam hati saya
selain Allah,Rasul dan agama pastinya.

tanpa umi dan abah,pasti saya tiada di dunia ini.

tanpa adik-beradik,saya rasa merekalah yang mengasah keseriusan saya
sehingga dapat jadi seperti sekarang.Serius bila kena serius,gila-gila bila
sudak sampai masa jadi 'sumbak'.nakal mereka, bergaduh mereka
gelagat mereka itulah yang banyak mengajar saya.Direct or indirect.


saya mula merindui mereka walau baru je jumpa masa hari raya lepas.

Mereka akan datang ke KL nanti.yeay!! ILOVEUALL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...